Sunday, November 15, 2009

wishing all of you GOOD LUCK...

di musim2 exam ni aku ingin mengambil keswempatan mengucapkan :

1)BITAUFIQ WA NAJAH
2)GOOD LUCK
3)DEKATKAN DIRI DGN ALLAH ~sampai bila2...
4)DO YOUR BEST!!
5)GANBATTE


SEMOGA KITA DIPILIH ALLAH SBGAI ORANG YANG BERJAYA DI DUNIA DAN JUGA DIAKHIRAT YG KEKAL ABADI...AMIN...

Friday, October 2, 2009

banyak cakap...

salam pembuka bicara after raya...
aku suka berborak, terutama dengan kawan-kawan yang aku kenal rapat..
tapi kelemahan aku adalah aku tak boleh nak bercakap kat depan...how to settle this problem aku pun tak tau...
ape pu aku kira beruntung, alhamdulillah sebab dari kecik ayah aku ajar cakap bende yang bermanfaat...
dari aku kanak-kanak lagi lepas solat maghrib dengar ayah baca Tafsir Al-Azhar karangan Dr. Hamka..then borak2 tentang tajuk tersebut...
sampai sekarang pun bangun pagi, sarapan sambil dengar ayah cakap tentang pelbagai isu...makan malam pun 'telan' isu...macam-macam isu...isu agama, politik, sejarah, culture, custom and more things...
jangan pandai2 la sampuk kalau tak tau, kalau tak kena hentam, percuma tak berbayar...mintak ampun...hehe...
jadi kalau nak jadi kamceng ngan ayah kena la up date kepala otak dengan benda baru supaya tak kena hentam...aduhai...
pernahla jugak kami adik-beradik nak ngelat dari denagr and borak2 pasal all things, sebab malas dan berbagai alasan lagi tapi tidak pernah berjaya seingat aku...
mingkin dari kisah ni yang membawa aku menjadi orang yang pantang diam jika mendapat isu baru...tapi aku bukan la 'mami jarum'...juz kongsi ngan kawan2 isu2 semasa jer... and i'm alert supaya tak mengumpat sesape...
tapi orang kata banyak cakap ni tak bagus and tak baik...
hm...camna nak buang attitude tu yer...sadis2...
btw, pastikan apa yang kita cakap ada input jgn buat orang kata kita omong kosong...
dan jgn cakap terlalu banyak sebab boleh menambah dosa...
maaf buat semua teman2 yang terpaksa meminjamkan telinga kamu semua mendengar celoteh aku...smoga ia bermanfaat dari sia2...insya Allah...

Sunday, September 20, 2009

sekadar peringatan diri yang sering lalai dan lupa...

PERUTUSAN HARI RAYA MURSYIDUL AM PAS

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sun | Sep 20, 09 | 4:42:45 am MYT
Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185) Iklan



Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._

*Dipetik dari Harakahdaily.net


dari aku:
salam aidilfitri buat semua...
semoga madrasah ramadhan mengubah kita menjadi hambaNYA yang bertakwa...
terus istiqamah dgn segala kebaikan yang telah dilakukan sepanjang ramadhan...
kullu sanah wa antum bikhoir...

Thursday, August 20, 2009

ramadhan oh ramadhan...

ya Ramadhan,
kau kembali lagi,
apakah aku dikira hipokrit menyatakan bahawa aku benar-benar rindu kepadamu ya Ramadhan...
sedangkan aku tak mempersiap-sediakan diriku secukupnya untuk bertemumu???
ampun ya Rabb,
aku sedaya upaya mempersiapkan diri semampuku..
sedaya ku...
Syukur ku lahirkan kepada MU mempertemukan aku kembali dgn Ramadhan yang telah meninggalkan aku setahun yang lalu...
syukur kerana memberikan aku kesempatan bertemu kembali tarbiyah Ramadhan...
kiranya di saat ini masih ramai yang belum menikmati madrasah Ramadhan...
ada yang sudah bertemu ENGKAU kembali ya Rabb..
apakah di saat entri ini ditulis aku masih berkesempatan bertemu Ramadhan pada esok hari?
sedangkan sesaatpun hidupku dan matiku tidak aku ketahui...
sedangkan janjiMU pasti bahawa tidak sesaat pun ajal akn terawal dan terlambat...

andai ini yang terakhir bagiku...

ya Rabb,
seandainya ini Ramadhan terakhir bagi ku,
sudi kiranya KAU berikan aku kekuatan untuk melakukan ibadah sebanyak dan semampuku..
ya Rabb,
seandainya ini Ramadhan terakhir bagi ku,
sudi kiranya kau berika aku hati yang tenang untuk melakukan semua ibadah dengan penuh khusyuk..
ya Rabb andai ini Ramadhan terakhir bagiku,
sudi kiranya kau berikan aku peluang merasakan keberkahannya..
ya Rabb,
andai ini Ramadhan terakhir bagiku,
sudi kiranya kau beri aku kekuatan bertarawih berjemaah bersama saudara2 ku..
ya Rabb,
andai ini Ramadhan terakhir bagiku,
sudi kiranya kau berikan aku bertemu dgn malam yang namanya Lailatul Qadar...
ya Rabb,
andai Ramadhan ini BUKAN yang terakhir bagi ku,
semoga aku dapat merasai tarbiyahnya seperti aku tak akan bertemunya lagi..
ya Rabb,
KAU segalanya bagiku..
maka KAU perkenankan doaku...

semoga Ramadhan dirasai dan dimanfaatkan sebaik mungkin..
kerana kita belum pasti apa akn bertemu dgnnya kembali atau tidak...
dan apakah kita boleh merasainya sehingga usai 30 Ramadhan??

"RAMADHAN KAREEM BUAT SEMUA"

Sunday, August 16, 2009

kem solat-(siri 2)

salam studi..haha...
mengantok bila tgok buku seperti menjadi hobi
pulak...=)
curi sedikit masa utk menulis entri baru...
pengalaman
menjadi faci kem smart solat yg berikutnya...

Tarikh:15-16 ogos 2009
Tempat: masjid Kg.Nakhoda

Kisahnya mengapa aku menjadi faci...
16 hb aku ada test mathematics yang bkn sahaja aku tak habis melunyaikan
buku tapi subjek ini jugak yang membuatkan aku takut,cuak, dan sebagainya...tapi
aku rasa perlu aku membantu memandangkan shbat2 lain sudah diaturkn dgn tugas
masing2 ke muktamar dan kem remaja maka, ku putuskan utk turut menjadi
faci...yalah...pembahagian tugas =)



adik2 perempuan pula...
memandangkan aku memepunyai 2 orang adik lelaki jadi,bagi ku mengurus adik2
perempuan sedikit berat berbanding lelaki...hm...bukan pilih kasih...tapi tak
pe..pengalaman perlu pelbagai..nama2 mereka tak mampu aku senaraikan
seperti sebelum ini memandangkan lidah aku sendiri tergeliat untuk menyebutnya
dan ada yang panjang sekali dan ditambah pula bilangan mereka yang ramai iaitu
20 orang...pelbagai ragam dan kerenah terpaksa aku depani..aku betul2 memohon
semoga aku dapat perform yang terbaik..aku cuma insan biasa yang tak lepas dari
salah dan silap...

"Al-insan la yaqlu a'nil qata' "-manusia tak terlepas dari segala salah dan silap

apa yang aku harapkan dari mereka dimanfaatkan segala ilmu yang diterima dari
setiap pengajaran..semoga mereka bakal menjadi mujahidah2 solehah yang mampu
mengubah tonggak pentadbiran yang korup kepada biah
hijau...

kasut kesayanagnku...
kesedihan melanda tatkala sandel kesayanganku yang berwarna biru yang berharga RM14.90 itu tidak kelihatan ditmpat parkingnya...di tangga masjid...aku cuba tawaf dan tawaf...malangnya tak ditemui juga...huhu...kawan aku juga hilang sandelnya...siapalah yang agaknya mengambil kasut2 itu...takpe semoga ia menjadi jariah...dan barangkali orang itu tersalah kasut agaknya...atau kasut2 kami itu terlalu cantik utk sekadar dilihat sahaja....apa yang membuatkan aku terkilan aku tak sempat menatap kasut itu lagi...=/

sekadar gambar hiasan
pengajaran...
banyak yang dapat ku ambil walaupun aku menjadi fasi biasa...pengalaman perlu dicari...kata ustaz di kem tersebut...
  1. kita jelas bila faham
  2. kita dirahmati bila beramal
  3. kita dihormati bila bermanfaat
  4. kita maju bila berinovasi
  5. kita mantap bila berpasukan

aku betul2 terkesan dgn kata2 ini terutama yang ke-3..sudah 2kali aku menghadiri kem solat sebegini dan aku didengarkan dgn kata2 yang sama...
pulang berkaki ayam...
ya lah...dah kasut tak der nak buat camner,terpaksalah berkaki ayam...digelak dek ustaz yang menghantar kami pulang...haha...nak buat camna...kuterima seadanya..dan hari ahad itu aku terpaksa meminjam kasut kawan yang besar dan masukkan kedalamnya paper supaya tak tercabut untuk ke test math...huhu...ujian yang kecik...

sekian...

wallaua'lam...=)

Tuesday, August 11, 2009

kem smart solat...

Menulis kadang kala mampu menghilangkan kesedihan hati……=)

Hari Sabtu yang lepas aku diamanahkan menjadi fasilitator Kem Smart Solat yang berlangsung di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Selangor…kem tersebut adalah anjuran Jabatan Agama Islam Selangor dan program dijalankan di seluruh masjid sekitar Selangor…menjadi faci bagi adik2 yang berumur 10 thn dan lelaki yang agak nakal bknlah senang..kerana memerlukan kesabaran yang tinggi…ni nama adik2 aku:

1)adik Ilham
2)adik Abid
3)adik Nabil
4)adik Hazim
5)adik Araz
6)adik Aizat
7)adik Rizuan
8)adik Alif Hafiz
9)adik Yus
10)adik Shazmin
11)adik Akasyah
12)adik Farhan
13)adik Aidil

TAKUT ALLAH
haha…perangai budak2 nih boleh la tahan…
tapi apa yang membuat aku tertarik adalah apa yang mereka pegang tentang apa yang mereka tahu…sgt kuat…contohnya: bila dorang bising aku ugut “kalau adik2 bising akak panggil ustaz2 yang garang jadi faci adik2 nak tak?”……..

nak tahu ape yang budak2 tu jawab?.. “panggillah, wat pe nak takut, die bukan Allah”…adeh la…salah ayat rupanya aku…

TERANG HATI
dan hati budak2 itu sgt terang..disuruh hafal niat wudu’ mereka tak perlu mmgang buku spt kita yang dah tua2 ni,cukup sekadar dgr kawan2 mereka hafal 3,4 kali dah siap

“ustazah(panggilan utk aku di sana…haha…mcm xlayak je) nak hafal"…mmg la sangkut2 sket sbb in Arab…kalau BM laju jer

LOGIKLA
“ok, sape yang belum amik wudu’ tadi,tunjuk kat akak cara nak amik wudu’ camner?hah,hazim belum lagikan?cepat hazim,camner nak amik wudu’?” nak test tgok ingat ke tak teori yang di ajar….

“tak tau”jawab hazim… “tu la kamu,time kawan2 amik wudu’ adik tak tengok.ok, sape nak tolong ajar hazim amik wudu’?”semua diam…. “sape yang ajar kwn dia,dapat pahala” kataku…berebut2 budak2 tu angkat tgn… "ok Ilham ajar hazim camne nak amik wudu’ dgn betul”….
ditunjuklah budak tu dari mula hingga akhir diselang seli dgn gangguan teman2nya yang lain,turut sibuk manambah…setelah selesai aku meminta hazim mengulangi apa yang diajarkan Ilham..teragak2 dia tentang anggota badan yang mana satu harus dimulakan dahulu… “kaki dulu la”acah Araz…hampir terpengaruh hazim dgn kata2 Araz..tibe2.. “ko ni fakir logikla,takkan sudah ko basuh kaki pastu ko nak kumur plak,kotor la”kata Yus…ya, mmg wudu’ itu untuk membersihkan diri…tapi bagi budak2 seusia itu berfikiran begitu bagiku sudah cukup baik..analogi Yus seperti berkait tentang tertib wudu’,aku sendiri tak terfikir…
KENA BALIK AWAL
Sayang sekali aku terpaksa balik awal sebelum slot akhir,kerana ada hal…dan sgt2 sayang aku tidak dapat mengabadikan walau sekeping gambar pun memandangkan handphoneku 'terlalu canggih' dan tak membawa kamera,jadi aku tak dapat nak upload kat blog ni…huhu..tapi kenangan di situ tetap dihati…aku pasti mengingati dan rindu akan adik2 itu…semoga mereka akn menjadi anak2 yang soleh,insya Allah,amin…itu doaku buat mereka semua…

Hati mereka masih bersih dan mereka masih boleh dibentuk…sayang seribu kali sayang seandainya ibu bapa mereka tidak alert dgn hal ini… kata pepatah

“menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada gunanya”

“anak2 ibarat kain putih,terbulang kepada ibu bapa yang akan
mencorakkan hidup mereka sama ada mahu menjadi Majusi ataupun Nasrani”…
kesimpulannya...
meluntur buluh biarlah dari rebungnya...



Aku insan lemah…=)
Wallahua’lam…

Sunday, August 2, 2009

AKU INSAN LEMAH


Mungkin kesusahan hidup di universiti di sini tidak begitu perit berbanding keperitan hidup di tanah orang…tapi kadang2 kelemahan manusia itu membuatkan kita terasa lemah disaat menerima ujian walau sekecil apapun..dan malahan bukan sekadar kadang2 tetapi seringkali diri terasa kerdil dgn ujian Tuhan yang Maha Kuasa…Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2 (Ali-imran:191)...maka kerana apa kita perlu bersedih dgn ujiannya..Ya Allah smoga berikan aku kekuatan..aku percaya dan beriman kepadaMu dan aku juga percaya dgn apa yang Kau wahyukan kepada Rasul-Mu bahawa tidak akan Kau uji manusia itu kecuali dgn apa yang dia mampu (Al-baqarah:286)..aku mohon ya Tuhan,jgn sehingga aku hilang pertimbangan dgn segala ujianMu kerana aku berharap dgn ujian Kau ini mampu untuk mendekatkan aku dgnMU…ya,benar!aku akui dgn ujian2 inilah manusia yang hina seperti aku akan sedar akan erti kekerdilan aku dan HANYA kepadaMU tempat aku mengadu dan memohon segalanya…Kau Maha Pengasih,Kau Maha Penyayang dan Kau lah yang memiliki segalanya ya Tuhan dan aku hanya apa? Hanya seorang hamba yang berusaha untuk mendapatkan cintaMU supaya segala kesusahan dunia yang aku hadapi dapat ditukarkan dgn kemewahan,kekayaan dan kesenangan di akhirat kelak..aku mengemis kasihMu ya Rabb dgn rasa malu yang menebal atas segala dosa dan kesalahanKu…aku akui sering sekali melupakaMu..tapi disaat kesusahan itu muncul aku kembali kpdMu…ah..seperti orang tidak tahu malu..apa ujian yang kau sering tempuhi ini tidak cukup sbgai pengajaran dari Tuhanmu??fikir2kanlah…

Ya..sifat lupa mmg sudah sebati dgn manusia..maka disaat ingat buat yang sebaiknya..cukuplah dgn semua nikmat yang kau lihat dikelilingmu…mata,hidung,mulut,telinga…hah…penat mahu disebut..apa lagi ditulis…xcukup lagi??BANYAK!!!

Pada sekalian manusia yang senang!jgn kau berlagak sombong dgn sedikit kemewahan yang Allah kurniakan kpdmu kerana seandainya kau sombong maka Allah murka kpdmu..apa kau tidak sedar yang kau juga hidup atas pinjamanNya?kerana itu Dia mewajibkan zakat kpd yang mampu supaya manusia2 bongkak yang memiliki harta pinjaman Tuhan itu sedar akan kemiskinan sebenarnya..biar runtuh seluruh keegoan diri yang mengagungi diri mereka..sesungguhnya Dia Maha Adil..tidakkah mereka2 yang sombong itu sedar bahawa level2 penciptaan manusia itu adalah pengajaran bagi yang berfikir?bukan untuk dikeji dan dikutuk sesuka hati mereka (ad-dhuha:10)..ketahuilah sesungguhnya Tuhan itu Maha Kuasa atas segala sesuatu dan berfikirlah atas setiap kejadiaan ciptaanNya…

Semoga kelak ada jln keluar utk stp kesusahan…aku mendambakan cintaMU…=)
Semoga Kau sudi menerima cintaku yang compang-camping ini YaRabb….insyaAllah

*sekadar renungan buat diri yang hina…

Wallahua’lam…

semalam...

card petugas
..1 ogos 2009..
Aku bertanggungjawab menjadi salah seorang petugas acara Konsert Antara Dunia anjuran Gamis…selalunya ayat bertanggungjawab ini digunakan untuk sesuatu yang berat perlu dilakukan tapi dissat aku tiba di Stadium Malawati Shah Alam semalam aku hanya melengung sahaja dan tidak melakukan apapun..haha…jadi sesuaikah aku menggunaan ayat tersebut?apapun bukan itu yang aku mahu ceritakan…

1ogos menyaksikan dua perkara besar buatku..membuat pilihan kadang2 menyesakkan..tidak mampu manusia membuat 2perkara besar dalam satu masa..memilih ke demo atau menjadi petugas yang mmg dirancang sekian lamanya bknlah sng..apa lg mahu kedua2 tempat sekaligus lagilah tidak terdaya….langkah mudah adalah dgn menyelesaikan tugas yang sudah lama dirancang…kecewa ttp ada kerana suara sudah seperti tidak tertahan mahu menjerit menyebut “mansuhkan ISA”…mata seperti ketagih mahu merasa kepedihan terkena water canon…aku sudah biasa terkena dgn air asid tersebut…hah..boleh tahan,saat itu aku baru tingkatan 1 kalau tidak silap…pengalaman yang tak dapat dilupakan…=) bangga aku menceritakan hal tersebut kpd kwn2 disekolah..ingat di saat itu pepimpin mengamuk dgn menunjukkan taring mereka yang tumpul dgn menghantar kepala2 merah di stp pelusuk ceramah yang diadakan walaupun diadakan dimarkaz Pas sendiri..pengalaman lama…manisnya sampai sekarang…

Menyesal disaat ayah dan mak menelefon menceritakan tntg kakakku yang terkena semburah air keramat cap kepala dan truck merah…dan aku hanya menongkat dagu dikeriuhan bunyi muzik2 untuk preparation concert pada malamnya…terlalu ramai committee yang semangat mahu menolong (ramai yang berminat dgn gerak kerja Islam)..alhamdulillah….berkali2 aku merungut kepada ayah atas kekesalan tidak dapat ke demo…kata ayah “tak pa..tolong yang tu (concert) pun kira tolong Islam jgk. Janji ada sumbangan.Jgn dok saja sudah”..dan sebagai memujuk ayah menyambung “malam ni clear (best/syok) la..tok guru Nik Aziz rasmi,siap nak baca puisi lagi”..haha..ayah mmg mcm tu..aku layan ja..walaupun xla reda sgt perasaan aku…

Dimalamnya…
Wah,ramai jgk orang yang datang concert tersebut…seperti suasana muktamar Pas ke55 disesi perbahasan sahaja suasananya..hehe..terkenang kembali detik itu bersama kawanku..=) malahan aku rasa lebih ramai dari itu..disaat pengunguman ketibaan VIP aku seperti hilang rasa rugi tidak menyertai demo apabila melihat ketibaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..keperibadiaannya membuat aku jadi kagum kpd beliau.. “tu la korang tak nak dok dpn tadi,kan dah terlepas nak ambil gambar Tok Guru” luahku kpd kwn2…emo la pulak yer…hehe..aku xder la marah pun…saje je nak bagi mereka2 itu cuak…sebagai persediaan aku berpakat dgn seorang kawanku turun kebawah supaya senang untuk mengambil gambar bila Tok Guru merasmikan majlis..disaat Tok Guru berpantun aku bersama rakan dgn muka yang tak malunya kehadapan pentas untuk mengambil gambar..dan disaat keberangkatan pulang pun sempat jgk aku snap gambar beliau…(p/s:mungkin bagi kaum adam bersalaman dgn Tuan Guru adalah satu kebanggaan tapi bagi kaum hawa dapat melihat gambar, itu sudah cukup memberi semangat baru seperti menerima taujihad baru dari seorang Mursyidul Am yang dikagumi setiap insan)…ini mengingatkan aku tentang setiap sesuatu itu ada hikmahnya selagi mana berbuat kebaikan insyaAllah kita tak akan merasa rugi…kalau buat jahat mana nak ada hikmahnya…yang ada cuma dosa..

Persembahan yang menarik disajikan kepada para tetamu…menyirap darah semangat disaat mendengar persembahan kumpulan nasyid dari Indonesia,Shoutul Harakah (selama ni Cuma dapat tgok di vcd and youtube je,skrang tgok live)…ada yang bangun dan bersemangat bersama-sama menyanyikan lagu tersebut..bagi aku disaat mendengar lagu bahtera kehidupan sudah cukup membuatkan semangat berkobar2…insyaAllah aku mampu menjadi serikandi Islam..AMIN..

Apa pengajaran yang dapat aku ambil dari hiburan ini?
Pertama:setiap lagu mempunyai daya tarikan yang tersendiri,terpulang kpd seseorang untuk menilai dan mentafsirnya
Kedua: yang penting adalah motif nasyid atau lagu itu disampaikan…dan bukanlah pakaian hehe..tukar baju 2,3 kali pun kalau xder motif tak guna…tapi yang semalam nampak mantap dan mampu memberi pengajaran..alhamdulillah…TAHNIAH buat Gamis…
Ketiga:berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah,hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah…macam pernah kulihat ayat ini,tapi dimana ya…=) fikir2kan dan selamat beramal….
Wallahua’lam….







Thursday, July 30, 2009

JANGAN TIRU MACAM AKU....

controll ayu...ahaks

Puji dan syukur dipanjatkan buat Allah , Tuhan semesta alam atas segala nikmat iman,islam dan kesihatan…jika mahu disebut…ya,tidak cukup untuk kunyatakan nikmatNYA di blog ini…
Di saat fikiran melayang jauh nun ke utara Malaysia,merindui mak, ayah dan adik2….hati terdetik untuk menulis sedikit bagi pesanan buat diri sendiri..sudah lama tidak menulis kerana kesibukan, bila ide menerjah aku tak berkesempatan membuat sedikit nota…terus,idea itu hilang…meminjam sekejap laptop kawan aku terus menulis setelah selesai bersarapan dengan ubat kerana demam…hehe

Minggu lalu dikampus aku diadakan fiesta yang pelbagai acara diadakan bersempena kejadian tersebut…dan aku juga tidak terkecuali untuk terlibat menjadi sebahagian dari petugas@kakitangan fiesta tersebut…melayang2 ingatan disaat pertama kali menghadiri meeting untuk acara tersebut …disaat aku membuka pintu bilik meeting semua memandang kearahku…bertudung menutupi paras dada…yang boleh dikatakan tudung labuh la…berbaju kurung…cukup membuat semua perhatian menjadi ganjil buat aku…aku melihat semua committee yang lain…aku jadi asing..mereka lebih selesa dgn jeans,ada yg berbaju agak fit,bertudung selempang ke bahu tidak menutupi dada…hah!aku jadi asing dan asing…

Menginjak ke meeting2 seterusnya aku jadi segan lagi utk menghadiri meeting tersebut…terus,aku ponteng sahaja…tapi tak la semua meeting aku ponteng..Cuma sekadar 2@3 kali je..tapi mungkin banyak bagi aku atau orang lain (committed dengan kerja mereka dalam sesuatu perkara)…

Tiba di akhir meeting,aku menyertainya…hah…mulanya aku rasa bagai mahu menarik diri..apa taknya,aku saja yang berbaju kurung dan menjaga batasku dengan lelaki..yang lainnya tidak hairan bersentuhan tangan lelaki (bukan nak memuji diri,tapi itu adalah perkara kecil yang Allah suruh dan mampu aku lakukan) ..aduh..dan perasaan bersalah menyelubungi kerana aku hanya mampu mempertahan iman serendah iman kerana tak menegur sebaliknya membenci dgn hati yang mampu dilakukan oleh sesiapa shja even budak2 sekolah rendah…huhu…sedih dan sedih…

Tidak mengapa aku teruskan mengikut saranan kawan2 yang katanya tidak molek menarik diri disaat event sudah mahu bermula… “kalau nak tarik diri,tarik awal2…ni dah nak mula event,kesian kat dia orang”…betul juga detik hati aku…bukan aku xmahu tarik diri awal2,tapi sebab aku takut nanti kecewakan yang lain (walaupun aku bukan orang yang penting),jadi aku teruskan dgn hati yang tak ikhlas..

Sambung semula diakhir meeting…nak tahu apa yang terjadi..taraaaa ….semua mereka yang dulu hanya diam dan memerhatikan aku menegur dan melayan aku dgn baik sekali…argh…jadi malu aku…imej seorang pendakwah yang memalukan…sehingga hari ini aku belum dapat memaafkan diri aku tntg perkara tersebut…mereka melayani aku sgt baik semasa dan sesudah event diadakan..saat bertemu di jalanan mereka mengangkat tangan tanda menegur..malu dan sgt malu..

Apa yang sepatutnya aku lakukan sebagai pendakwah?
Ya,sebelum menarik mad’u seharusnya aku perlu menunjukkan akhlak yang baik dahulu kepada mereka..sekurang2nya menegur mereka…ini tidak menonong masuk dan duduk di kerusi tanpa sepatah kata…ah!betapa silap besarnya aku…apa tarbiyah aku belum cukup???…bagi mereka yang berada di tempatku..dekatilah mereka itu,sebenarnya mereka mungkin tercari2 oreng yang mereka percayai untuk bertanya tntg keunikan Islam terutama tntg aurat dan cara pergaulan..jadi siapakah yang harus dipersalahkan? Ya,MMG AKU…dalam hal aku mmg aku yang salah…tapi apakah kita mahu mengulangi kesalahan yang sama berulang kali,na’uzubillahi min zalik…masa inilah kita perlu mengambil kesempatan yang ada utk melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita…di sana kelak kita akn diprtanggungjawabkan…

Aku ada terbaca artikel di internet…iaitu cara yang terbaik untuk menarik mad’u adalah dgn cara memahami jiwa mad’u dan berbuat baik dgnnya..bkn hanya di internet …malahan ulama’2 jg berpendirian sedemikian..

Menurut penjelasan Yusuf Al-Qardawi pendawah mestilah salah satunya mengetahui perkara yang berhubung dgn manusia…ia mestilah termasuk cara berkomunikasi dang sebagainya…argh…aku memang lemah bab ini..

Betapa berdosanya aku…iman yang lemah..semoga diampunkan dosaku ya Tuhan..takutnya aku seandainya attitude aku tadi sudah banyak membuatkan orang lain takut untuk menghampiri aku dan bertanya tntg agama…Astaghfirullah al-a’zimla ilaha illa anta,subhanaka inni kuntu minazzolimin…

Akhlak memikat orang mendekati Islam..sekadar pendapat…aku bukan orang yg layak…perlu lebih banyak mencari sumber ilmu….
Wallau’alam…


Saturday, June 20, 2009

saja2....

salam...
pembukaan yang menggembirakan insya Allah...
kerana apa?
besok dah nak balik kampung....=)

tapi
esok exam..
smoga persediaan aku mencukupi...
INSYA ALLAH

Wednesday, June 17, 2009

rushing trough this....

this time is almost a busy time for me to meet those things:

18/6/09-Thursday:ICT presentation
22/6/09-Monday :ICT final examination





setiap kesusahan ada kemudahan
hope everything will going smoothly Insya Allah.....

Monday, June 8, 2009

influenza exam...



wabak selsema babi telah berlarutan dan menjadi glamor lbh dari cerita gosip2 artis yang menerima anugerah bintang popular berita harian...
di saat wabak ini di popularkan di media2,aku sedang dihambat dek influenza exam yang akn menjelma pada 22hb jun ini...
wabak yang mungkin tak membawa kepada kematian tapi cukup untuk menggusarkan hati seorang pelajar spt aku..tambahan sbg seorang anak yang xmahu mengecewakan parents di rumah....
apa yang mmpu dilakukan adalah tidor,makan,minum,mandi adalah bersama buku teks...hehe

pepatah arab berbunyi...
man jadda wa jada,man zaraa' hasoda


aku tak mahu jadi manusia yang terus gagal...
dan aku mahu mengaplikasikan satu quote yang mengatakan
failure is the road to success


moga kejayan milik aku...

p/s:jgn taw tulis je,tapi xbuat......

Tuesday, June 2, 2009

perlu keyakinan diri...

Allah telah berfirman dalam Surah Al-A'laq:

"sesungguhnya telah kami jadikan manusia itu sebaik2 ciptaan"

tak perlu lagi untuk ditekankan bahawa wajib stp muslim untuk percaya dengan sgla janji2 Allah kerana ianya sudah menjadi tanggungjawab kita.Sudah automatik di'install' dalam diri kita software tersebut apabila kita beriman kepada Allah...

Mengapa aku terfikir utk menulis tntg tajuk ini????
kerana pada saat ini aku merasa terlalu letih dan lemah dengan ujian dan cabaran yang banyak macam...
>melihat orang pandai aku merasa aku bodoh dan tak tahu apa2..
>melihat orang berjaya aku merasa aku sering saja gagal..
>melihat orang kaya aku merasa aku spt tak punya apa2...
>melihat orang study aku merasakan seolah2 aku tak punya masa utk itu...

TERUS APA YANG TINGGAL UTK AKU?
TAK PUNYA APA2?

Firman Allah:
"ssungguhnya orang Mukmin itu ialah yang beriman kpd Allah dan Rasul-Nya,kemudian dia tak RAGU2 dan berjuang dgn hartanya dan dirinya,mereka itulah orang2 yang benar"


fi ayatil ukhra..
"apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dgn mengatakan, "kami sudah beriman ," sedangkan mereka tak diuji?

smoga aku termasuk dalam golongan yang diuji.Dan ujian tersebut sbgai KPI kerana keimananku...insya ALLAH..AMIN

Dalam surah al-Baqarah ayat 148:
"stp ummat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya.Maka berlumba2lah berbuat kebaikan"

aku bukan pentafsir Quran yang bagus...aku perlu kepada pembelajaran dan pendengaran bagi memahami ayat ini...
bukan bermaksud yang qiblat kita(org muslim) punya banyak,tapi dari pendengaran aku dari seorang ustaz di radio IKIM.fm pilihan utama,beliau menafsir ayat ini " kiblatnya sama tapi cara menghadapnya berbeza,ada yang sengat,tegak,melintang,menegak,tetapi semuanya menghadap ke Baitullah"

Pengajaran pertama: setiap kitapunya matlamat.Namun jalan kerja dan kemampuan kita semua berbeza.Kemampuan kita juga berbeda.Mungkin orang perlu usaha sekali,tetapi aku perlu usaha dua kali.Itu yang kita perlu,maka kita perlu usaha 2kali.

Pengajaran kedua: setiap kita perlu punya pendirian masing2 dan kita perlu hidup spt yang diciptakan mengikut warna, corak dan acuan penghidupan kita sendiri.
Siapa aku yang suka-suki untuk mengubah segala yang diberi.Analogi yang jelas apabila ibu bapa yang berkebolehan menjadi guru di paksa parents untuk jadi doktor,maka musnahlah budak itu.Namun, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang memberi kita pilihan sama ada utk melakukannya atau tidak.Berbuat kebaikan dan tinggalkan keburukan,ataupun sebaliknya.

Pengajaran ketiga:Apabila kita sudah tahu akn kelemahan dan kebolehan kita,maka kita mesti gilap kelebihan menjadi lebih bermanfaat dan gunakan kelemahan in positive views.Malanglah bagi kita yang berhenti erbuat baik kerana kejahatan.

Pengajaran keempat:Setiap kita punya perbezaan,Tapi janji Allah bahawa kita adalah sebaik2 ciptaan.Tak harus ada lemah dan inferior dlm diri aku.

USAHA DAN TERUS USAHA MAKA AKAN ADA HASILNYA KELAK.

Saturday, May 30, 2009

bila saatnya...

sudah letih memikirkan kerja yang xberkesudahan..
namun tanpa kerja apa yang aku mahu?
rilex,berehat,termenung atau duduk saja?

terus terang aku terfikir semuanya xakan ada hujungnya sehingga detik kematian itu menjelang..

namun jelas disudut hati supaya sesuatu yang dilakukan punya hasil kelak..

usaha terus dilakukan bagi mendapatkan hasil yang lumayan..

dipohon kasih Allah itu ada buatku utk menjejakkan kaki di Al-Jannah..

pernah aku mendengar sebuah taujihad,mutiara yang aku kutip berbunyi

kita masuk ke syurga bukan kerana amalan kita, tapi dengan kasih syang Allah yang tak ternilai


terkedu aku...ya Rabbi..aku ni dah la jauh dariMu tapi masih ada peluang buat aku utk terus berusaha...Insya ALLAH...

tiada yang lain dihati aku melainkan KAU ya RABB

Friday, May 1, 2009

gejala apa nie?

selesai sudah cuti short sem...
2minggu sudah berlalu...
malas benar mau pulang ke uia....
adeh la....
gejala apa ni?

malas?
sejarah Islam telah membuktikan orang yang malas xkan menemui kejayaan...
bagaimana kuatnya usaha Muhammad Al-Fateh berusaha untuk menawan Constantine
bagaimana kuatnya semut berusaha mendapatkan gula
bagaimana kuatnya ulama'2 terdahulu mempelajari ilmu untuk dikembangkan
bagaimana kuatnya ayah dan ibu mencari rezeki utk keluarga
bagaimana kuatnya pemimpin2 agama berjuang kearah amar ma'ruf nahi mungkar

ya,tak dinafikan...
gejala malas yang ada kerana ketidak yakinan(btl ke perkataan ni) kepada diri membuatkan kita jd malas...
to approve it...ada satu analogi...
seorang manusia..disaat dia mahukan sesuatu...contohnya bekerja part time sambil belajar,tibe2 dia terfikir "eh,mampu ke ni,nak belajar dan kerja sekaligus?terus dia tak yakin utk melakukan 2 pekerjaan sekaligus...ini membuatkan dia malas nak teruskan niat dia utk bekerja part time...
hm,praktikal tak analogi aku?

PENGAJARAN PERTAMA:
yakin pada diri sendiri..kita punya kelebihan tersendiri
berusaha dan kuatkan keyakinan pada yang Esa nescaya akn dipermudah segala kesulitan...INSYA ALLAH..

yang kedua..
kenapa malas?kerana sistem yang merumitkan...
contoh jelas,aku nak buat short sem...kene add subjek manual...mungkin mudah lagi..
tapi apabila berkali2 berkunjung untuk mendapatkan approvement tapi tak berhasil....hm,membuatkan kita jadi malas...betul tak?hehe...
(nampak sgt nak kompelin tu) =)

PENGAJARAN KEDUA:
jgn la menyusahkan orang lain...sebabnya nati kita akan membuatkan orang lain diserang gejala malas...=p

apapun yakinlah kepada Allah yang tak pernah lupa dengan tugasnya kepada hamba yang hina dan sering melupakanNYA...dia pengatur yang Maha handal ke atas ummatnya...
wa makaru wamakarullah...wallahu khairal makirin...
terus usaha dan jgn pandang belakang,pasti kita bisa melakukan apa sahaja...
INSYA ALLAH!

Thursday, April 16, 2009

da abis da.....

hehe....
alhamdulilllah, dah selesai exam semalam....
relax la sket..
daripada x tidur dah boleh tidur...
drpd xboleh tngok tv dah bleh tngok tv...
dan yang paling penting boleh balik kg....

btw...
smoga sem satu cemerlang buatku...
bermula,berjalan,berakhir dgn lancar dan cemerlang....
INSYA ALLAH....

Monday, April 13, 2009

semangat.......

ya Allah bantu lah aku...
tggl lagi satu paper akaun esok....
akhir2 mmg slalu merudum semangat...ujian...huhu..
teruska usaha....
ganbatte ne....

kenapa semangat merudum?
sebab nak balik kampung...
sebab dah penuh otak hafal term2....
hehe...

blajar mesti diteruskan...
masih punya 6sem lg...
insya ALLAH dipermudahkan segalanya...
AMIN...

GO!GO!GO!

Friday, April 10, 2009

hmmmmmmmmmmm........

aku ada lagi dua paper for final....
statistics and finnancial accounting....
waaaaaaaaaaa..........

GOOD LUCK.....=)

Monday, April 6, 2009

exam lagie....

alhamdulillah dah selesai satu paper...ungs AKA islamic worview...
alhamdulillah...aku dah cuba yang terbaik utk perform well...
smoga natijahnya mumtaz...
INSYA ALLAH =)

esok ada exam paper management AKA mgt...
smoga aku dpt buat all out...
insya ALLAH...
esok juga hari penentuan buat 2 bukit...
Bkt Selambau dan Bkt Gantang...
smoga dipermudahkan ya Allah segalanya...
aku xdapat nak turun...
sebab exam...
hanya doa ja yang mampu di iringi...
insya ALLAH kemenangan pasti berpihak kepada kebenaran....

WAMAKARU WAMAKARULLAH...
WALLAHU KHAIRAL MAKIRIN...

Wednesday, April 1, 2009

exam....

esok lagi satu hari yg ada utk cuti exam...
then 3hb dah start exam...

3hb- UNGS
7hb - MGT
9hb- MICROECONOMICS
12hb-STATISTICS
15hb-FAF

smoga sgalanya berjalan lancar...
smoga diberi kesihatan yang baik..

RABBI YASSIR WA LA TU'ASSIR,
WAJA'LNI MINAN NAJIHIN...

GO3....AKU BBOLEH...INSYA ALLAH... =)

Wednesday, March 18, 2009

xderk tajuk.....

smlm...time exam...hah...aku blur la...xingat apa yang dibaca...padahal dah baca tige kali kowt...adoi...tp nk wat cmner dh usaha...smoga Allah membantu...insyaAllah..
tapi apa yang aku bimbang ini adalah petunjuk Allah...mana la tau slama ni aku slalu sgt menangguh segala perintah Allah...terus Allah tangguhkan dulu kejayaan buat aku...PENGAJARAN PERTAMA: JGN SUKA TANGGUH TANGGUNGJAWAB KAMU!

hari ni xder klas mgt...jd nak kena wat per?
study l....final sudah dekat...aku punya target yang perlu aku capai....xkan nak biar target hanya tinggal perkataan tapi xdirealisasikan...hm...mmg...mna ada perkara yang mudah...semua kena pakai usaha...tawakal,usaha dan doa... PENGAJARAN KEDUA: GANBATTE NE...

pagi td after subuh smpat baca dan faham,insyaAllah....
surah al-baqarah...starting ayat 67
menceritakan kaum bani Israel yang suka sgt bertnya...apbila Nabi Musa berkata bhwa Tuhan mu memerintahkan utk menyembelih seekor lembu betina...bertanya kaum bani israel..."bagaimana ia?" Nabi Musa menjawab xtua dan xmuda...sedang2....ditanya lagi..."warna apa?" dijwb warna kuning tua dan senag dipandang orang" ditanya lagi....hm...stkat ayat ni jer smpat aku baca dan faham maksudnya...yang selebihnya aku nak smbung esok plak...xboleh bnyak sekaligus....nnt takut smpai xbuat lgsg plak...=) PENGAJARAN KETIGA: ULAMA' BERKATA BANYAK BERTANYA LEMAH IMAN

hm...pasni nak pi library...toing3...harap2 jadi la...kalau blk blik takut pulak xjadi study...ya la banyak godaan yang paling kuat godaan katil....=)
study xsusah cuma perlu sedikit bersusah payah...betul ke pndapat aku nie?...haha....anggap je la btl.....


IJTAHID WA LA TAKSAL...FANNADAMATU U'KBA LIMAN YATAKASAL....

insyaAllah aku boleh...kegagalan yang lalu perlu diakhiri dengan kejayaan dan bukan dgn kekalahan atau bendera putih!...

Tuesday, March 17, 2009

ujian itu satu nikmat....

saat aku bakal mghadapi exam final ini mcm2 perkara yg menyerabutkan kepala hotak aku...kadang2 terasa bersalahnya diri ini disaat terkeluar keluhan dari diri...ampunkanku yaAllah...terus aku msg dgn kwn aku...bertnya pendapatnya..."hang rasa hidup ni mmg susah ataupun kita yang xtaw mencari kebahagiaan?"...terus kwn aku kata..."kwn,hidup ni xsusah, tapi kita yang tak tau mencari kebhagiaan sedangkan kebahagiaan itu ada di dpn mata"...tertnya2 aku...apa nikmat itu...kwn aku mnjwb...."UJIAN juga satu nikmat dari Allah yang tak kita sedari"...ah...rendahnya iman menilai kesusahan dengan keluhan....astaghfirullah al-a'zim....terima kasih kwnku yang menyedarkan aku tntg perkara ini....

terus slps solat maghrib aku mndpt msg dr shbat aku...
ajk mkn mlm,nk belanja katanya....hm...rejeki jgn di tolak ya mbak... =)
pelawaannya aku terima....pulang dari mkn aku sedari brg yang amat pentg buat aku hilang!
adoi....ujian lagi....terus aku muhasabah...yaAllah mengapa ujian lagi yang aku terima...apa hikmah dari ujian ini? ternyata hiKmahnya belum aku terima...bila difikirkan balik...disaat2 begini...ya!mmg bnyk ujian...tmbah2 dkt dgn exam...ingat mak & ayah la...n macam2...benda yang b4 ni xterfikir pun nak mai time ni la....ujian...

apa yang harus aku lakukan???
bermuhasabahlah wahai diri yang hina ini...
apakah ketika susah shj kau ingat akn Allah atau kau sering lupakanNYA disaat kau senang...
apakah khusyuk solat dan ibadah lainnya selama yang kau kerjakan...
Allah...kerdilnya aku....
teringat kisah kaum Nabi Musa yang pada ketika itu apabila mahu bertaubat,mereka perlu membunuh diri mereka...
apakah jika ummat Nabi Muhammad ini di suruh berbuat demikian aku mahu?????
TERNYATA mati utk bertaubat tidak semudah mati bunuh diri....

hari ini aku ada quiz account ditambah Test utk management......
aku sudah bbrp hari mentelaah mgt utk test....start dr 2 ming lepas klu xsalah aku...
smoga ada hasil yang lumayan utk test mngement mlm ni...target aku utk subject ni A...account?ha....ini yang aku agk lemah...study pn slow sket.....adoi...ya Allah berikan aku kekuatan disaat aku lemah...jgn kau uji aku dgn ujian yang hebat sehingga menggugat iman aku....na'uzubillah...berikan aku smgt seandainya acc ini bukan kebolehan aku tp surang2nya aku ikhlas dan dpt aplikasi dlm perjuangan Islam....INSYA ALLAH

BITAUFIQ WAN NAJAH BUAT AKU....

ampuni aku ya Allah atas sgla dosa yang disengajakan atau xdisengajaka...
dosa yang lalu atau yang akn datang...
ssguhnya Islam itu xmmerlukan diri aku yang hina ini,ttp aku yang memerlukan Islam...
smoga dapat aku taburkan sgla yang aku punyai sbgai benih yang dapat aku tuai sbgai hasil yang baik di akhirat kelak...
ssungguhnya Islam itu syumul,ttp ummat Islam itu yang lemah dan xmerhargai ke-Islamannya...
smoga aku tak tergolong dlm golongan itu....

WALLAHU'ALAM

Wednesday, February 25, 2009

kisah masa.....

menurut DR.Yusuf Al-Qaradhawi...seorang ulama' yang xdapat lagi disangkal 'ke-ulama' kannya',beliau berkata ciri-ciri masa ini terbahagi kepada:


1) masa yang pantas berlalu

2) masa yang lalu tak akan kembali

3) hargai masa yang lalu


menyikap soal masa mmbuatka aku terfikir tntg pembaziran2 masa yg sering aku lakukan...sedar dan sengaja yg mmpu aku elak dan patut aku elak tp aku xbuat...kenapa dan apa sebabnya?????solan ini lah yang lebih susah untk aku jwb....tapi mungkin kerana aku blum ada silibus masa yang perlu aku study dlm terus memelihara masa buat aku...terus terang aku katakan...dalam 24jam masa dlm sehari mungkin satu per empatnya shj aku gunakan dgn perkara2 yang mengikut silibus masa...atau mungkin kurang dari itu....


berbalik kpda ciri2 yang dinyatakan oler Dr.Yuf Al-Qaradhawi ;


1)masa yang pantas berlalu...

aku sedar perkara ini....

seminggu yang lalu...aku rasakan bagai semalam...perkara ini terus mmbuat aku terfikir tntg penghujung dunia yang fana ini dan kematian yang entah bila....mati???berbicara tntg mati mengingatkan aku tntg per janjian Allah kepada ummat dan hambaNYa tntg tidak ada sesaat pun lewat atu tercepat kematiannya....(AL-MUKMINUN)


2)masa yang lalu takan kembali.....

apa kau pernah lihat masa lalu kau berulang????


3)hargai masa yang lalu....

dengan apa????dgn amalan soleh yang mmpu kau jual untuk kebahagian akhirat kelak....


so,aku nak tazkirah ni btl2 tp bagi pengajaran buat diri aku.....

jgn dah jadi....baru nk melatah,...

is no use to cry over a split milk.....

Monday, February 23, 2009

CINTA VS LOVE…..

Kata orang bila dah jatuh cinta smua benda serba xjadi,btl ker?????
Aku xrasa mcm tue..
Sejak aku jatuh cinta ni kan aku rsa sgla benda yang aku buat bersemangt,bertenaga,rasa satu kepuasan xternilai....
Kecuali la time aku dgn Dia tgh xbape bagus…
Salah aku juga xpandai jaga hubungan padahal kasihsayang yang dihulurkan tiada tandingan…
Ah….indahnya cinta….

Kadang2 tu aku sedih sebab aku selalu abaikan hubungan aku dgn Dia kononnya sibuk la…panjang,besar,atau tinggi mana kesibukan aku pun aku xtaw…
Tapi Dia xpernah lupa aku….
Setiap pagi Dia kejut aku bgun subuh….
Setiap waktu solat Dia selalu ingtkan aku….
Kadang2 sblm start kelas or study pun aku dpt ‘msg’ suruh aku baca doa penerang hati dulu…
Ah…indahnya cinta…baru dapat ku rasa…

Hm….apa lagi ya yg nk aku citerkan tntg cinta aku?????

Ha…tp layakkah aku menerima cinta tue????
Ye la…..siapalah aku….
Aku tiada apa2….
Hanya pelajar 1st year 1st sem….
Xla pandai sgt…tp InsyaAllah will become clever…amin..
Dean list?stkat ni xpernah tp insyaAllah will gonna get soon…amin…
Tapi cintanya utuh,xambil kisah dgn perkara sekecil ni….
Insya Allah Dia boleh tolong aku utk dapatkan smua ni…
Tapi Dia nak ker?????

Hmmmmmmmmm……….
WHAT?????????????????
Dia akn tolong????
Ya,slagi aku xragu dgn cinta itu…dan sentiasa menagih cinta itu……

Hm….INDAHNYA CINTA……..
Tapi …..cinta aku unik sket…
Kerana Dia lain…..Maha lain…..
KERANA……..

INNALLAHA HAYYU,WA LA MAUT…….

PALESTINE AKU BERSAMAMU


Kisah sedih mengenai gelora bumi Palestin menjadi buah mulut di seantero dunia..sedar atau tidak sudah puluhan thun bumi ini dijajah oleh israel laknatullahi a’laihim ajmain,bahkan it become worst after the belfour declaration(1917) yang mengesahkan kwujudan Israel…dgn zalim dan tanpa sedar siapa diri mereka yang sesuka hati memadamkan peta Palestine mggantikan nama israel….aku bersetuju bahkan seluruh umat Islam bersetuju apabila Mahmoud Ahmadinejad berkata “akan dihapuskan nama Israel dalam peta dunia” sejurus beliau diangkat menjadi Presiden Iran..
Israel was suffering since 2007 until now…this situation also affected to all the Muslim country…sbgai ummat Islam yang diajar menggunakan Al-Quran dan Assunnah sebagai sumber dalam hidup,apakah kita hanya mampu berdiam diri dan duduk shja sedangkan orang2 palestine menderita di tanah mereka sendiri??????????tepuklah dada tanyalah iman…
Selepas tersebarnya isu ini ada dikalangan masyarakat yang berperi kemausiaan meletuskan bom2 usaha yang xhenti2…berdemontrasi di seluruh dunia,boycott the product of Israel and so on so falls..smoga usaha ini berbaloi walaupun dalam jangka masa yang panjang…insyaAllah…
Ketahuilah Plestine bahawa kau x keseorgn…dan ketahuilah Israel bahawa peluru mu xlut terkena ikatan kemanusiaan umat sejagat….

KHAIBAR,KHAIBAR…KHAIBAR YA YAHUD,JAISYU MUHAMMAD SAUFA YA’UD…TAKBIR3X

PALESTINE WILL HAVE PEACE AGAIN

AL-QUDS….NANTIKAN KAMI…..

Friday, February 20, 2009

sejarah mugkin berulang?????????????

sjak kebelkangn ini,aku mcm khlgn diri aku yang sebenar...knp?????bnyk bnda yng aku lupa dlm pemikiran aku...aku pun hairan kenapa...nk buat income statement yang sng pun aku lupa...Allah, jgn sejarah lalu berulang lagi...nau'zubillah...sejarah kegagalan dan sejarah ketika aku mudah lupa dahulu...bantu aku hambaMU yang lemah ini...aku xmau melihat kegagalan diri aku lagi...menyesal aku kalau aku xmenggunakan pluang yang KAu berikan untk mnmba sebanyak mgkin apa yang aku mmpu...kerana ilmu yang aku ada bakal aku gunakan untuk islam...INSYAALLAH....
pepatah berkata gagal sekali bkn gagal selamanya...INSYA ALLAH aku mmpu dan dapat bgun untuk mmbina kjyaan slps kegagalan...AMIN...TAKBIR3x

Wednesday, February 18, 2009

Sejarah penulisan blok ini….

Kemenangan pakatan rakyat pd PRU yang ke-12 mmbuatkan aku terfikir bhwa bkan hnya media2 penipu yang mmpu condemn minda rakyat,tetapi dek krn pemikiran yang sudah menjangkau akademik pada msyarakat sekarang mmbuatkan minda msyarakat tidak lagi mnjdkan media penipu alat kerajaan sbgai resource utama untuk mndptkan sbran maklumat...percaya atau tidak blog2 ini mmpu mmberi swing vote yg tinggi pada masyarakat(yg celik IT).

Kesan drpd ini lah mmbuatkan rmai umat manusia yg tersuntik dgn semangat nk buat blog ni…termasuklah aku,kak aku pnya tesis pun pasal ni..lbh kurang tjuk tesis dia berbunyi pengaruh blog dalam PRU ke-12,g2 lah bnyinya if I’m not mistaken…hehe…tp blog aku cuma suka-suki…rasanya xmmbntu kot nk increase vote utk PRU-13…=) sbnarnya aku sronok bila dpt mmbaca blog2 org lain…jd terdetik hati aku…mgkn blog ni bolh mnjd ‘teman tapi mesra’ buat aku…sbnarnya dah lama aku nk buat tp xberksmpatn n xmmpunyai idea yg menarik…tmbah2 aku bkn pndai sgt bab2 advance IT ni…huhu..sblm ni aku dah biasa buat blog time form 4,tp blog tue aku just masuk time sign up je,pastu xpenah bukak2 dah….ish3…
Harapan aku….smoga aku dapat meneruskan usaha aku utk memeriahkan blog ini dgn perkara2 yg best..dan bkn hanya ‘hangat2 tahi ayam’ shj….

Introduksi pembuka madah……

Aku bukan seperti engkau sangkakan,
Pura2 di dlm berjuang,
Aku tidak pandai menyulam rahsia,
Juga tak pandaiku bermadah pujangga,
Jika ada benci di hati,
Oh katakana lah padaku,
Relaku terima,walau kutukan,
Asalkan aqidah terjaga,
Hakikat hati xterluka,
Walau zahirnya ada yang ketawa…

Tuesday, February 17, 2009

salam intro....

sekadar intro....
sbgai mukaddimah permulaan blog ini....
smogs aku dpt selalu update...