Thursday, December 27, 2012

How to appreciate your parents?? :)

Ada parents yang bangga bila anak dia jadi pelakon, ada parents yg bangga bila anak dia hafal Quran, ada parents bangga anak dapat PHD, ada parents bangga bila anak cantik jadi dia suruh pakai buka sana sini bagi orang nampak kecantikan anak mereka itu, ada parents yg padanya berjaya tu bila anak dia jaga hak2 dengan Allah, hak2 dengan parents, hak2 dengan makhluk lain,ada parents bangga anak dia jadi penari, ada parents bangga anak dia jadi model. Yet, ingatlah,

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia, dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan". (al-Kahfi 18:46)

And,

Bila kita mati 3 perkara saja yang berkekalan,
1) Amal soleh
2) Sedeqah jariah
3) Anak soleh

Kesimpulannya, you yourself define the meaning of being proud and successful of your children and as a child berusahalah untuk memberi kegembiraan berkekalan to your parents, here and hereafter, insyaAllah :D








Note: I copied this from my facebook status, just at least I write something or anything in here :)

Thursday, November 15, 2012

Aku Ingin MencintaiMU







Tuhan betapa aku malu 
Atas semua yang Kau beri 
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena 
Sementara Engkau beri aku kesempatan 
Berulang kali agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
Dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi



~Edcoustic~

Wednesday, November 14, 2012

Dear Allah...

Oh Allah,
Thank you for giving me everything that I need in my live,
If not, I will die, I will be poor, I will hardly live,
That is because You are Allah the Most Compassionate.

Oh Allah,
Thanks for the hitherto love that You have showered to me,
Or else I dont know where I else I should go,
Or else, this world will be darkest to me,
That is because You Allah, the Most Merciful.

Oh Allah,
Thank you cause You keep me safe all the time,
I could feel the peace and tranquility,
That is because You Allah, the Source of Peace.

Oh Allah,
Thank you, even I did same mistakes,
Even I did not take a lesson from the past mistakes,
Even I still ongoing do the mistakes,
You are the One will forgive my wrongdoing,
This is because You Allah the Most Forgiver.

Oh Allah,
Thanks for giving me the most valuable gifts,
Islam, Iman, good health,
With that, I could use all 'em to worship and submit the entire life of me unto You,
You Allah the Ever Living.

Oh Allah,
After all, why should I ask more and forgetting You?
How dare should I do so?
Then which of the favors of your Lord will ye deny?
Astaghfirullah, forgive me ya Allah, the Most Forgiver.

Oh Allah,
Thank you for the all bounties given,
Thank you for the mistake forgiven,
I must say all the time, at every time I take a breath,
ALHAMDULILLAH.




Thursday
1:35 p.m.
15/11/2012







Monday, November 12, 2012

Keperluan Menggunakan Sistem Ekonomi Islam dalam Menghadapi Krisis Ekonomi



Tugasan Blog SIW505
Keperluan Menggunakan Sistem Ekonomi Islam dalam Menghadapi Krisis Ekonomi
Rhodhiyah Bt Johari
Calon Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam)
No. Matrik : P-SM0088/12

Malaysia pada tahun 1997 pernah mengalami kemerosotan ekonomi kesan daripada peningkatan harga hartanah yang bermula di Thailand. Tidak hanya Malaysia, krisis ekonomi ini juga menyerang negara-negara lain termasuklah negara maju seperti Amerika Syarikat iaitu pada tahun 2007. Kebanyakan ahli ekonomi berpendapat bermula daripada krisis ekonomi di Amerika Syarikat inilah tercetusnya krisis ekonomi global yang melanda dunia hingga sekarang ini. Pada dua tahun lepas iaitu pada Mei 2010, Greece pula menjadi mangsa krisis ekonomi apabila berhadapan dengan hutang luar yang tinggi mencecah € 110.000.000.000.


Krisis ekonomi global ini berlarutan sehingga hari ini dan membawa kesan kepada isi rumah dan juga syarikat-syarikat perniagaan. Kesan daripada ini, harga barangan meningkat dan memberi kesan kepada kuasa beli pengguna menurun. Misalnya, jika sebelum ini RM1 boleh membeli 20 biji gula-gula, tetapi sekarang ini RM1 hanya mampu membeli 10 biji gula-gula.


Berlakunya perkara seperti ini adalah disebabkan perlaksanaan sistem ekonomi sekular yang menindas manusia kerana menggalakkan menusia berbelanja mengikut hawa nafsu tanpa memikirkan kemampuan. Sistem ekonomi kapitalis adalah salah satu di antara sistem-sistem ekonomi sekular. England adalah negara tersohor yang menggunakan sistem ekonomi kapitalis sejak kurun ke-16 lagi dan bermula di England, kapitalisme tersebar luas hingga ke seluruh Eropah pada kurun ke-19 masihi. Sistem ekonomi kapitalis ini didefinisikan sebagai sistem ekonomi yang mengagungkan pengguna. Dalam sistem ekonomi ini pengguna dianggap sebagai raja. Masalah yang timbul daripada sistem ekonomi ini adalah terlalu mementingkan kepentingan individu secara mutlak sehinggakan tiada campur tangan daripada kerajaan (Afzal-Ur-Rahman,1991 dan Mat Hassan Abu Bakar,2003). Selain itu,  individu juga boleh mengumpul harta sebanyak mana yang mereka mahu dan wujudlah sikap memonopoli harta dan mengabaikan orang-orang yang tidak berkemampuan (Mat Hassan Abu Bakar,2003). Kesannya, mereka yang kaya menjadi semakin kaya dan mereka yang miskin menjadi semakin miskin. Di antara ciri-ciri sistem ekonomi kapitalis ialah:


    1)Kebebasan memiliki harta secara persendirian  – setiap individu mempunyai hak untuk memiliki sebanyak mana harta yang mereka inginkan dan mereka juga akan mendapat faedah-faedah dari harta mereka itu hasil daripada pengeluaran.

  
    2)Mewujudkan persaingan yang bebas – setiap individu haruslah mempunyai inisiatif sendiri untuk menyediakan faktor-faktor pengeluarannya sendiri untuk memperoleh pendapatan hidup. Contohnya, membuka perniagaan.


    3)Ketidaksamaan pengagihan – bagi mereka yang mempunya banyak wang,mereka boleh memiliki harta dan hidup mewah, namun, jika mereka tidak mempunyai wang kerajaan tidak akan membantu dan mereka hidup melarat.

  
      4)Laissez Faire – tiada campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi.
Walaubagaimanapun, pada masa ini sistem kapitalis ini sudah banyak diperbaharui supaya lebih berperikemanusiaan dan membenarkan campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi mereka (M.Umer Chapra,1997).


Selain Sistem Ekonomi Kapitalis, Sistem Ekonomi Sosialis juga termasuk dalam sistem ekonomi sekular. Antara pelopor-pelopor sosialisme ialah Robert Owen, Etienne Cabet, Albert Brisbane dan Karl Mark. Sistem ekonomi ini adalah berdasarkan kepada prinsip harta adalah milik negara secara mutlak dan individu tidak mempunyai peluang mengumpul dan menggunakan harta mengikut kehendak mereka. Maka, tiada konsep pemilikan harta oleh individu dalam sistem ekonomi sosialis ini (Afzal-Ur-Rahman,1991). Memang diakui ada kebaikan pada sistem ekonomi ini seperti kerajaan menyediakan kepada rakyat-rakyatnya keperluan asas contohnya makanan dan tempat tinggal, setiap rakyat terjamin mendapat pekerjaan dan mereka yang tidak berupaya untuk bekerja diletakkan dibawah pengawasan kerajaan, tidak berlaku pembaziran dalam pengeluaran kerana permintaan sama banyak dengan pengeluaran kerana pengeluaran diselaraskan oleh kerajaan dan semua bentuk pengeluaran dapat dinikmati oleh masyarakat (Afzal-Ur-Rahman,1991). Namun sistem ciptaan manusia ini mempunyai keburukan seperti:


    1) Individu tidak boleh mendapatkan hak memiliki harta sendiri. Rakyat yang rajin dan malas akan mendapat keperluan yang sama.


     2)  Menolak usaha individu. Oleh kerana keperluan yang diberikan sama, individu yang malas akan menjadi bertambah malas, seperti kata pepatah melayu, orang mengatuk disorongkan bantal. Sebaliknya, orang yang rajin akan terbantut usahanya kerana sejauh manapun dia rajin, keperluan yang diperolehinya sama seperti orang lain.


Kesan daripada dua ciri-ciri ini, sistem ekonomi sosialis telah gagal dalam menyediakan ekonomi yang efisien untuk mengagihkan sumber-sumber pengeluaran ekonomi negara tersebut (M.Umer Chapra,1997).


Selain daripada dua jenis sistem ekonomi yang telah disebutkan diatas, ada juga sesetengah negara yang mengamalkan konsep negara kebajikan. Negara kebajikan atau welfare state adalah sebagai solusi atas kegagalan sistem ekonomi kapitalis dan sosialis dalam memenuhi keperluan masyarakat dalam sesebuah negara. Konsep negara kebajikan barat ini hanyalah sekadar memasukkan peranan kerajaan yang lebih besar dalam sistem ekonomi untuk memastikan kestabilan dan kesaksamaan bertambah (M.Umer Chapra,1997). Banyak negara yang melaksanakan sistem ekonomi jenis ini.Menurut Schneider (2011),  pada negara-negara tersebut terdapat model-model yang berbeza seperti:


      1)      Anglo-Saxon Model - Ciri-cirinya ialah:
·         Bantuan sosial adalah sebagai jalan terakhir.
·         Rendah tahap perlindungan kepada guna kerja dan rendah gaji minimum.
·         Tinggi perbezaan pendapatan.
·         Perbelanjaan lebih banyak kepada pesara.
·         Negara-negara yang menggunakan model ini ialah United Kingdon, Ireland, Australia dan Amerika Syarikat.

       2)      Nordic Model – Ciri-cirinya ialah:
·         Tinggi tahap keselamatan yang disediakan kepada pekerja.
·         Cukai pada pendapatan buruh yang tinggi.
·         Perbezaan pendapatan yang rendah.
·         Tahap cukai yang tinggi pada pasaran buruh.
·         Tahap pendidikan yang tinggi.
·         Negara-negara yang menggunakan model ini ialah Sweeden, Denmark, Norway, Finland dan Netherland.

       3)      Continental Model – Ciri-cirinya ialah:
·         Memberi faedah dan pencen kepada pesara.
·         Terlalu banyak peraturan.
·         Pasaran buruh yang tidak fleksibel.
·         Market tidak mampu untuk berubah bersesuaian dengan perubahan keadaan.
·         Antara negara-negara yang menggunakan model ini ialah Perancis dan Belgium.

       4)      Mediterranean Model – Ciri-cirinya ialah:
·         Kebergantungan kepada perlindungan pekerjaan (pekerjaan seumur hidup).
·         Menumpukan kepada perbelanjaan pencen kepada pesara.
·         Negara-negara yang menggunakan model ini ialah Itali, Sepanyol, Portugal dan Greece.


Di antara perkara-perkara yang ditekankan oleh negara-negara yang mengamalkan konsep negara berkebajikan ini ialah pendidikan, kerja sosial, perumahan, kesihatan, keselamatan sosial dan guna tenaga (F.Todd,1983). Walaubagaimanapun, menurut M.Umer Chapra (1997) konsep negara kebajikan barat ini menghadapi krisis. Ini kerana kerajaan perlu menyediakan pelbagai perkara supaya rakyatnya terpelihara telah menyebabkan kerajaan telah berbelanja lebih dari pendapatan negara dan memberi kesan kepada defisit. Kerajaan telah membuat pinjaman luar yang tinggi untuk mengendalikan ekonomi negara. Faktor utama yang membawa masalah ini ialah apabila kendalian ekonomi ini adalah dalam kerangka pengoptimuman Preto (Pareto optimality) dimana tingkat kepuasan individu hanya dapat ditingkatkan apabila tingkat kepuasan individu yang lain dirugikan. Hal ini menjadikan orang kaya dapat menikmati lebih kepuasan berbanding orang miskin. Sehingga hari ini, kerajaan kepada negara yang melaksanakan konsep negara kebajikan tidak dapat mencari penyelesaian kepada masalah ketidakseimbangan yang telah wujud ini.


Daripada perspektif tasawur dan epistemologi Islam, sudah tentu sistem-sistem ekonomi buatan manusia yang hanya berlandaskan akal tanpa panduan wahyu ini membawa kepada pelbagai masalah dan krisis yang membebankan kerajaan dan rakyat kerana tahap pemikiran manusia terhad. Manusia tidak mampu memikirkan lebih dari apa yang mereka nampak. Kerana itulah Allah menurunkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan kepada setiap keputusan yang akan dibuat. Al-Quran dan As-Sunnah telah menyediakan tatacara yang lengkap kepada manusia dalam mengurus tadbir ekonomi negara. Sekarang lihat pula bagaimana Sistem Ekonomi Islam yang berlandaskan wahyu Allah mampu menangani masalah-masalah ekonomi yang sedang dihadapi. Sistem ekonomi Islam bukanlah suatu sistem yang baru diwujudkan. Ini kerana sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi sudah wujud perdagangan malahan telah wujud import dan eksport dalam perniagaan dengan membawa barang dagangan dari Mekah ke Negeri Syam, dan membawa barangan dari Negeri Syam ke Mekah. Pada zaman Rasulullah s.a.w. jugalah wujud ahli-ahli perniagaan yang hebat seperti Abdurrahman Bin Auf dan Uthman Bin Affan. Sudah tentulah, Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda ini menjalankan cara perniagaan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam. Sesungguhnya Islam itu telah datang dengan pakej yang lengkap termasuklah ekonomi,politik,sosial dan sebagainya.


Sistem ekonomi Islam menekankan konsep al-falah, iaitu kejayaan di dunia dan akhirat (Mat Hassan Abu Bakar,2003). Sudah tentu tiada penindasan dan ketidakadilan terhadap semua pihak. Ini kerana perlaksaan sistem ekonomi ini berlandaskan perintah-perintah yang diturunkan oleh Allah di dalam al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t memerintah kita untuk berlaku adil dalam surah al-Ma’idah ayat 8 yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Al-Maaidah, 5:8)


Ayat ini tidaklah hanya ditujukan kepada sesetengah kelompok sahaja, bahkan kepada semua orang-orang Islam dan beriman supaya berlaku adil dalam apa jua perkara dan kepada sesiapa sahaja tanpa ada perbezaan layanan. Oleh itu, pengamalan Sistem Ekonomi Islam ini mampu menghindari sikap dengki dan penipuan. Antara ciri-ciri Ekonomi Islam yang lainnya ialah:-


     1)  Allah ialah pemilik – Allah yang memiliki semua harta yang ada di alam ini dan manusia hanya memegang amanah Allah untuk memelihara dan menjaga harta-harta ini dengan baik. Firman Allah di dalam Surah al-Najm yang bermaksud,

“ Dan kepunyaan Allah lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi” (An-Najm, 53:31)

     2)  Keadilan kepada semua – Kekayaan di dalam Islam dikira sebagai ujian yang kelak akan ditanya oleh Allah. Orang yang kaya tidak boleh sombong dan bongkak tanpa memikirkan orang lain yang dalam keadaan memerlukan bantuan. Maksud hadis Rasulullah s.a.w.,

“ Pada hari kiamat, seorang tidak akan terlepas dari empat pertanyaan tentang umurnya, untuk apa dipergunakan tentang hartanya dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan. Tentang ilmunya untuk apa ilmu itu digunakan. Tentang tubuh (tenaga atau kekuatannya) untuk apa sahaja yang digerakkannya.”

Allah juga berfirman dalam surah Al-Hasyr yang bermaksud,

“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu” (Al-Hasyr, 59:7)

   3)  Tiada penindasan atau khianat terhadap harta benda orang lain – Dalam Islam, Allah mengharamkan segala bentuk yang boleh memudhratkan dan menganiayai orang lain seperti riba,mencuri dan merompak. Ini kerana perkara-perkara ini akan menindas usaha-usaha yang telah dilakukan oleh orang lain.

   4) Tiada pembaziran – Manusia ditegah mengikut hawa nafsu sehinggakan berlakunya pembaziran.

    5)   Usaha individu – Kekayaan bukanlah sesuatu yang tidak dibenarkan dalam Islam. Manusia disuruh untuk berusaha untuk menikmati kemewahan hidup tanpa melupakan tanggungjawab dan amanah kepada manusia lain.


Selain ciri-ciri yang disenaraikan, Islam mengajurkan ummatnya mengagihkan harta kepada mereka-mereka yang memerlukan melalui sedekah dan mewajibkan zakat.Melalui sedekah dan zakat orang-orang fakir dan miskin dapat memiliki keperluan asas mereka untuk hidup. Islam juga memiliki kaedah-kaedah pembahagian harta yang baik seperti hibah, faraid, dan wasiat.


Allah memberikan kekayaan kepada yang dia kehendaki. Kekayaan boleh dikategorikan sebagai ujian dan juga nikmat. Ekonomi di dalam Islam bukanlah hanya mengambil kira faktor berjaya dan kaya, namun ia juga sebagai wasilah mencapai mardhtillah. Allah menciptakan kaedah zakat dengan hikmah-hikmah yang tertentu supaya mereka yang kaya tidaklah lupa akan tanggungjawab mereka kepada yang memerlukan. Selain itu, Islam juga mengharamkan sebarang unsur penipuan seperti judi, riba, dan monopoli harta. Harta tidak hanya berlegar dikalangan mereka yang kaya sahaja,namun, orang miskin juga mampu mendapatkan hak mereka untuk keperluan asas kehidupan.


Kesimpulannya, Islam adalah agama yang syumul yang merangkumi dan memenuhi segenap aspek dalam kehidupan manusia. Oleh kerana kedegilan manusia, menyalahi perintah Allah maka berlakulah krisis-krisis yang tidak ada jalan penyelesaiannya. Islam agama yang adil dan menekankan keadilan kepada semua masyarakat tanpa ada sebarang diskriminasi atau penindasan. Keperluan asas dan kebajikan masyarakat tersusun dan terjaga melalui sistem ekonomi Islam. Tambahan pula, Islam amat menekankan nilai-nilai murni dalam kendalian sistem ekonomi mengikut kerangka Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam menghadapi krisis-krisis ekonomi yang sedang berlaku, perlu diketahui tiada jalan yang boleh diambil dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi melainkan dengan kembali kepada Islam.




Rujukan
Afzal-Ur-Rahman (1991). Doktrin Ekonomi Islam (Jilid I). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.


Dewan Ulama Pas Pusat (2010). Pengenalan Ekonomi Islam.  Diakses dari
http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=146:pengenalan-ekonomi-islam&catid=44:iqtisad-a-muamalat&Itemid=85, pada 16 Oktober 2012.


M. Umer Chapra (!996). Islam dan Pembangunan Ekonomi: Satu Strategi untuk
Pembangunan yang Adil dan Stabil. Petaling Jaya: The International Institute of Islamic Thought.


 Mat Hassan Abu Bakar (2003). Apa itu Ekonomi Islam. Pahang: PTS Publications &
            Distributor Sdn. Bhd.


Robert F.Todd (1983). The Welfare State. Glasgow: Bell & Bain Ltd.


Volker Schneider (2011). The Great Recession: Has Europe Learned the Lessons?
Dibentangkan di ILO High Level Brainstorming conference, Switzerland.
Diakses dari http://www.ilo.org/public/english/bureau/inst/download/volker.pdf


Thursday, October 11, 2012

How fast time flies.

Few years back (6 years) I was inspired to study hard as my ambition (one of many) was to enter IIUM/UIA. I'm not too bright, as for that, I have to study hard, burnt midnight oil. After class 2 p.m. I opened my books started to study. My aim for that time good result for SPM, enter UIA. No others.

Alhamdulillah, Allah knows best, I entered IIUM and taking BBA(Finance). And last week (8th October 2012) was my convocation. How fast time flies. I still could remember all the inspiring song I used to hear during study my SPM subjects.

Thanks Allah...I will never get anything if YOU not allow me so. Alhamdulillah. Highest gratitude upon Him, the Most greatest.


Saturday, September 22, 2012

Setting Niat.


Dari Ka’ab bin Malik RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Sesiapa yang menuntut ilmu dengan tujuan bermegah-megah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu atau dengan tujuan bertengkar dan bertegang-tegang urat dengan orang-orang yang jahil dengan ilmunya itu, ataupun dengan tujuan menarik orang ramai memujinya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.” (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majjah)

Nota: Sumber dari Mastika Hadis.

Assalamualaikum..

Lama benar tidak mencoretkan sesuatu di lembaran blog ini. Skill (ceh!) penulisanku sudah dropped. Seakan-akan sudah tidak pandai langsung meluahkan melalui tulisan di blog. Ok.


Sekarang aku sudah menjadi Mahasiswa Sarjana setelah tamat Sarjana Muda pada bulan Jun lalu. Lain sekali menjejakkan kaki di tempat baru dan memegang title yang baru,pelajar Masters.

Hadis diatas selalu bermain difikiran aku sebelum aku membuat keputusan menyambung masters, selalu, sehingga sekarang. Dan kebetulan didalam kelas juga Dr (Lecturer aku) membaca hadis yang sama.

Bukan senang menuntut Ilmu dengan niat yang Ikhlas dan diketepikan segala penyakit hati. Susah. Susah amat. Tapi harus berjuang. Kena berjuang!


Minggu depan (Isnin) dah masuk minggu ke-3 aku sebagai pelajar Masters USM, dan minggu ke-3 jugalah aku perlu menetapkan tajuk untuk disertasi aku. Namun, hingga saat ini, jam ini, waktu ini, aku masih tak ada idea untuk tajuk aku.

Aku berdoa, sering, "Ya Allah, mudahkan lah aku untuk dapatkan tajuk yang terbaik yang dapat aku sumbangkan kepada Islam, ummah, masyarakat". Dan hal untuk menyumbang itu membuatkan aku sentiasa sedih dan pusing, bagaimana hingga saat ini tajuk yang terbaik belum ditemukan. Aku ni tidak ada apa-apa idea nak sumbangkan untuk Islam, ummah dan masyarakat kah? Masa aku decide nak sambung aku tak prepare dengan tajuk ke?

Memang kalau diikutkan study plan semester ke-2 barulah buat disertasi, tapi Lecturer di ISDEV yang Alhamdulillah memang sangat impress sudah menyediakan students ISDEV dengan lapangan menulis disertasi pada semester pertama. Aku yang hanya terbiasa menulis mini research paper pada masa membuat degree agaklah terasa kesukarannya.

Apapun, sehingga saat ini, aku terus berdoa dan akan terus berdoa sehinggalah aku menjumpai tajuk yang benar-benar membantu menyumbang,bukanlah sekadar hebat, kick, boom, atau sebagainya, namun impact kepadanya hanyalah zero, nada!


Allahumma yassir umurana ya Allah.

(Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?Dan Kami telah ringankan bebananmu.Yang telah memberatkan belakangmu.Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu,
maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu. (Al-Insyirah:1-8)

Maka, aku yakin Allah pasti akan berikan aku idea kalau aku Ikhlas dan terus mengharap pada Allah s.w.t. Allah itukan Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Pengasih.

Jangan terus mengalah dan berhenti sebab kasih sayang Allah tak pernah berhenti pada hamba-hambaNYA. I love Allah. :)





Wednesday, March 14, 2012

Terus Hidup...InsyaAllah...

Sudah lama meninggalkan blog ini bersawang dan berdebu...kalau blog ini punya perasaan mungkin ia akan berkata kepada aku:

' sudahlah kau, bila senang cari aku, masa susah lupa aku'
'habis madu sepah dibuang'
'pergi jauh-jauh, jangan datang jumpa aku lagi'

alahai blog, kau bukan tak kenal aku...aku kan sibuk...(macam blog ni bleh cakap je)...heh~ sebenarnya yang membuatkan aku sudah lama tak menekan keyboard disebabkan aku buta IT, aku tak boleh nak sign in, akhirnya ada kawan yang sudi membantu...kawan aku memang hebat dari aku pon, ok, terima kasih untuk hal itu...

ok, sekarang macam ni, aku nak cerita hal aku sikit,aku tak tahu hal ni menarik atau tak, tapi cukup sebagai nak panaskan enjin yang dah lama 'beku'..:P

baik, ceritanya macam ni....aku ada seorang kawan, kawan baik juga lah...yang buat kerja sama-sama, pergi meeting sama-sama, ponteng meeting pun sama-sama :P (tapi dia lebih baik dari aku)...dia ni, kalau aku tengok cara dia study, pergh! memang aku rasa dia tak boleh lulus...tapi, apa yang ajaib banyak subjek-subjek yang tough dia lepas...jenis dia, baca je...aku tak, siap hafal, ingat, tulis, nota, semua lah, yang aku rasa boleh buat aku tak jam nak jawab exam nanti...

Bila aku recall balik, baru aku perasan dia ni jenis yang suka baca buku teks...memang mantop...aku kalau baca buku teks, boleh jadi bedtime stories...belum mula baca dah pejam...tapi kawan aku ni tak macam tu, dia fokus....

Lama-lama aku try, cuba, test, baca buku teks, waaaaaaahhhhhh! sungguh! memang best kalau kita faham apa yang kita belajar...taklah pening nak hafal...taklah tepu otak nak ingat semua benda...atau otak jammed!

Lama-lama, aku okey dah baca buku teks...aku memang usung buku teks ke mana je...sampai aku sakit belakang disebabkan buku teks yang memang berat...pernah aku rasa sakit tu sampai ke tengkuk...

Sekarang, cuba kita fikir, berat-berat buku yang kita usung kesana-sini, akhirnya kita dapat ilmu darinya, dan apabila kita sudah grad atau habis belajar apa yang kita dapat?

Adakah kita sekadar dapat sakit belakang?
Dapat skor?
Dapat habiskan duit sbb buku tekas mahal?
Atau berat itu sekadar sesuatu yang menyusahkan suatu masa dahulu, tapi di hujungnya, kita lupa semua...tak ingat langsung...tak guna langsung ilmu-ilmu itu untuk kita, apatah lagi untuk org lain, maka jadilah ilmu itu ibarat pohon tak ada buah...:)

Jadi bagaimana?
Pilihlah jawapan yang cool :)


Yang dah lama tak menulis,
~curious~