Hari Sabtu yang lepas aku diamanahkan menjadi fasilitator Kem Smart Solat yang berlangsung di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Selangor…kem tersebut adalah anjuran Jabatan Agama Islam Selangor dan program dijalankan di seluruh masjid sekitar Selangor…menjadi faci bagi adik2 yang berumur 10 thn dan lelaki yang agak nakal bknlah senang..kerana memerlukan kesabaran yang tinggi…ni nama adik2 aku:
1)adik Ilham
2)adik Abid
3)adik Nabil
4)adik Hazim
5)adik Araz
6)adik Aizat
7)adik Rizuan
8)adik Alif Hafiz
9)adik Yus
10)adik Shazmin
11)adik Akasyah
12)adik Farhan
13)adik Aidil
TAKUT ALLAH
haha…perangai budak2 nih boleh la tahan…
tapi apa yang membuat aku tertarik adalah apa yang mereka pegang tentang apa yang mereka tahu…sgt kuat…contohnya: bila dorang bising aku ugut “kalau adik2 bising akak panggil ustaz2 yang garang jadi faci adik2 nak tak?”……..
nak tahu ape yang budak2 tu jawab?.. “panggillah, wat pe nak takut, die bukan Allah”…adeh la…salah ayat rupanya aku…
TERANG HATI
dan hati budak2 itu sgt terang..disuruh hafal niat wudu’ mereka tak perlu mmgang buku spt kita yang dah tua2 ni,cukup sekadar dgr kawan2 mereka hafal 3,4 kali dah siap
“ustazah(panggilan utk aku di sana…haha…mcm xlayak je) nak hafal"…mmg la sangkut2 sket sbb in Arab…kalau BM laju jer
LOGIKLA
“ok, sape yang belum amik wudu’ tadi,tunjuk kat akak cara nak amik wudu’ camner?hah,hazim belum lagikan?cepat hazim,camner nak amik wudu’?” nak test tgok ingat ke tak teori yang di ajar….
“tak tau”jawab hazim… “tu la kamu,time kawan2 amik wudu’ adik tak tengok.ok, sape nak tolong ajar hazim amik wudu’?”semua diam…. “sape yang ajar kwn dia,dapat pahala” kataku…berebut2 budak2 tu angkat tgn… "ok Ilham ajar hazim camne nak amik wudu’ dgn betul”….
ditunjuklah budak tu dari mula hingga akhir diselang seli dgn gangguan teman2nya yang lain,turut sibuk manambah…setelah selesai aku meminta hazim mengulangi apa yang diajarkan Ilham..teragak2 dia tentang anggota badan yang mana satu harus dimulakan dahulu… “kaki dulu la”acah Araz…hampir terpengaruh hazim dgn kata2 Araz..tibe2.. “ko ni fakir logikla,takkan sudah ko basuh kaki pastu ko nak kumur plak,kotor la”kata Yus…ya, mmg wudu’ itu untuk membersihkan diri…tapi bagi budak2 seusia itu berfikiran begitu bagiku sudah cukup baik..analogi Yus seperti berkait tentang tertib wudu’,aku sendiri tak terfikir…
KENA BALIK AWAL
Sayang sekali aku terpaksa balik awal sebelum slot akhir,kerana ada hal…dan sgt2 sayang aku tidak dapat mengabadikan walau sekeping gambar pun memandangkan handphoneku 'terlalu canggih' dan tak membawa kamera,jadi aku tak dapat nak upload kat blog ni…huhu..tapi kenangan di situ tetap dihati…aku pasti mengingati dan rindu akan adik2 itu…semoga mereka akn menjadi anak2 yang soleh,insya Allah,amin…itu doaku buat mereka semua…
Hati mereka masih bersih dan mereka masih boleh dibentuk…sayang seribu kali sayang seandainya ibu bapa mereka tidak alert dgn hal ini… kata pepatah
“menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada gunanya”
“anak2 ibarat kain putih,terbulang kepada ibu bapa yang akan
mencorakkan hidup mereka sama ada mahu menjadi Majusi ataupun Nasrani”…
kesimpulannya...
meluntur buluh biarlah dari rebungnya...
Aku insan lemah…=)
Wallahua’lam…
No comments:
Post a Comment