Thursday, July 30, 2009

JANGAN TIRU MACAM AKU....

controll ayu...ahaks

Puji dan syukur dipanjatkan buat Allah , Tuhan semesta alam atas segala nikmat iman,islam dan kesihatan…jika mahu disebut…ya,tidak cukup untuk kunyatakan nikmatNYA di blog ini…
Di saat fikiran melayang jauh nun ke utara Malaysia,merindui mak, ayah dan adik2….hati terdetik untuk menulis sedikit bagi pesanan buat diri sendiri..sudah lama tidak menulis kerana kesibukan, bila ide menerjah aku tak berkesempatan membuat sedikit nota…terus,idea itu hilang…meminjam sekejap laptop kawan aku terus menulis setelah selesai bersarapan dengan ubat kerana demam…hehe

Minggu lalu dikampus aku diadakan fiesta yang pelbagai acara diadakan bersempena kejadian tersebut…dan aku juga tidak terkecuali untuk terlibat menjadi sebahagian dari petugas@kakitangan fiesta tersebut…melayang2 ingatan disaat pertama kali menghadiri meeting untuk acara tersebut …disaat aku membuka pintu bilik meeting semua memandang kearahku…bertudung menutupi paras dada…yang boleh dikatakan tudung labuh la…berbaju kurung…cukup membuat semua perhatian menjadi ganjil buat aku…aku melihat semua committee yang lain…aku jadi asing..mereka lebih selesa dgn jeans,ada yg berbaju agak fit,bertudung selempang ke bahu tidak menutupi dada…hah!aku jadi asing dan asing…

Menginjak ke meeting2 seterusnya aku jadi segan lagi utk menghadiri meeting tersebut…terus,aku ponteng sahaja…tapi tak la semua meeting aku ponteng..Cuma sekadar 2@3 kali je..tapi mungkin banyak bagi aku atau orang lain (committed dengan kerja mereka dalam sesuatu perkara)…

Tiba di akhir meeting,aku menyertainya…hah…mulanya aku rasa bagai mahu menarik diri..apa taknya,aku saja yang berbaju kurung dan menjaga batasku dengan lelaki..yang lainnya tidak hairan bersentuhan tangan lelaki (bukan nak memuji diri,tapi itu adalah perkara kecil yang Allah suruh dan mampu aku lakukan) ..aduh..dan perasaan bersalah menyelubungi kerana aku hanya mampu mempertahan iman serendah iman kerana tak menegur sebaliknya membenci dgn hati yang mampu dilakukan oleh sesiapa shja even budak2 sekolah rendah…huhu…sedih dan sedih…

Tidak mengapa aku teruskan mengikut saranan kawan2 yang katanya tidak molek menarik diri disaat event sudah mahu bermula… “kalau nak tarik diri,tarik awal2…ni dah nak mula event,kesian kat dia orang”…betul juga detik hati aku…bukan aku xmahu tarik diri awal2,tapi sebab aku takut nanti kecewakan yang lain (walaupun aku bukan orang yang penting),jadi aku teruskan dgn hati yang tak ikhlas..

Sambung semula diakhir meeting…nak tahu apa yang terjadi..taraaaa ….semua mereka yang dulu hanya diam dan memerhatikan aku menegur dan melayan aku dgn baik sekali…argh…jadi malu aku…imej seorang pendakwah yang memalukan…sehingga hari ini aku belum dapat memaafkan diri aku tntg perkara tersebut…mereka melayani aku sgt baik semasa dan sesudah event diadakan..saat bertemu di jalanan mereka mengangkat tangan tanda menegur..malu dan sgt malu..

Apa yang sepatutnya aku lakukan sebagai pendakwah?
Ya,sebelum menarik mad’u seharusnya aku perlu menunjukkan akhlak yang baik dahulu kepada mereka..sekurang2nya menegur mereka…ini tidak menonong masuk dan duduk di kerusi tanpa sepatah kata…ah!betapa silap besarnya aku…apa tarbiyah aku belum cukup???…bagi mereka yang berada di tempatku..dekatilah mereka itu,sebenarnya mereka mungkin tercari2 oreng yang mereka percayai untuk bertanya tntg keunikan Islam terutama tntg aurat dan cara pergaulan..jadi siapakah yang harus dipersalahkan? Ya,MMG AKU…dalam hal aku mmg aku yang salah…tapi apakah kita mahu mengulangi kesalahan yang sama berulang kali,na’uzubillahi min zalik…masa inilah kita perlu mengambil kesempatan yang ada utk melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita…di sana kelak kita akn diprtanggungjawabkan…

Aku ada terbaca artikel di internet…iaitu cara yang terbaik untuk menarik mad’u adalah dgn cara memahami jiwa mad’u dan berbuat baik dgnnya..bkn hanya di internet …malahan ulama’2 jg berpendirian sedemikian..

Menurut penjelasan Yusuf Al-Qardawi pendawah mestilah salah satunya mengetahui perkara yang berhubung dgn manusia…ia mestilah termasuk cara berkomunikasi dang sebagainya…argh…aku memang lemah bab ini..

Betapa berdosanya aku…iman yang lemah..semoga diampunkan dosaku ya Tuhan..takutnya aku seandainya attitude aku tadi sudah banyak membuatkan orang lain takut untuk menghampiri aku dan bertanya tntg agama…Astaghfirullah al-a’zimla ilaha illa anta,subhanaka inni kuntu minazzolimin…

Akhlak memikat orang mendekati Islam..sekadar pendapat…aku bukan orang yg layak…perlu lebih banyak mencari sumber ilmu….
Wallau’alam…