Sunday, August 2, 2009

AKU INSAN LEMAH


Mungkin kesusahan hidup di universiti di sini tidak begitu perit berbanding keperitan hidup di tanah orang…tapi kadang2 kelemahan manusia itu membuatkan kita terasa lemah disaat menerima ujian walau sekecil apapun..dan malahan bukan sekadar kadang2 tetapi seringkali diri terasa kerdil dgn ujian Tuhan yang Maha Kuasa…Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2 (Ali-imran:191)...maka kerana apa kita perlu bersedih dgn ujiannya..Ya Allah smoga berikan aku kekuatan..aku percaya dan beriman kepadaMu dan aku juga percaya dgn apa yang Kau wahyukan kepada Rasul-Mu bahawa tidak akan Kau uji manusia itu kecuali dgn apa yang dia mampu (Al-baqarah:286)..aku mohon ya Tuhan,jgn sehingga aku hilang pertimbangan dgn segala ujianMu kerana aku berharap dgn ujian Kau ini mampu untuk mendekatkan aku dgnMU…ya,benar!aku akui dgn ujian2 inilah manusia yang hina seperti aku akan sedar akan erti kekerdilan aku dan HANYA kepadaMU tempat aku mengadu dan memohon segalanya…Kau Maha Pengasih,Kau Maha Penyayang dan Kau lah yang memiliki segalanya ya Tuhan dan aku hanya apa? Hanya seorang hamba yang berusaha untuk mendapatkan cintaMU supaya segala kesusahan dunia yang aku hadapi dapat ditukarkan dgn kemewahan,kekayaan dan kesenangan di akhirat kelak..aku mengemis kasihMu ya Rabb dgn rasa malu yang menebal atas segala dosa dan kesalahanKu…aku akui sering sekali melupakaMu..tapi disaat kesusahan itu muncul aku kembali kpdMu…ah..seperti orang tidak tahu malu..apa ujian yang kau sering tempuhi ini tidak cukup sbgai pengajaran dari Tuhanmu??fikir2kanlah…

Ya..sifat lupa mmg sudah sebati dgn manusia..maka disaat ingat buat yang sebaiknya..cukuplah dgn semua nikmat yang kau lihat dikelilingmu…mata,hidung,mulut,telinga…hah…penat mahu disebut..apa lagi ditulis…xcukup lagi??BANYAK!!!

Pada sekalian manusia yang senang!jgn kau berlagak sombong dgn sedikit kemewahan yang Allah kurniakan kpdmu kerana seandainya kau sombong maka Allah murka kpdmu..apa kau tidak sedar yang kau juga hidup atas pinjamanNya?kerana itu Dia mewajibkan zakat kpd yang mampu supaya manusia2 bongkak yang memiliki harta pinjaman Tuhan itu sedar akan kemiskinan sebenarnya..biar runtuh seluruh keegoan diri yang mengagungi diri mereka..sesungguhnya Dia Maha Adil..tidakkah mereka2 yang sombong itu sedar bahawa level2 penciptaan manusia itu adalah pengajaran bagi yang berfikir?bukan untuk dikeji dan dikutuk sesuka hati mereka (ad-dhuha:10)..ketahuilah sesungguhnya Tuhan itu Maha Kuasa atas segala sesuatu dan berfikirlah atas setiap kejadiaan ciptaanNya…

Semoga kelak ada jln keluar utk stp kesusahan…aku mendambakan cintaMU…=)
Semoga Kau sudi menerima cintaku yang compang-camping ini YaRabb….insyaAllah

*sekadar renungan buat diri yang hina…

Wallahua’lam…

2 comments: