Saturday, September 22, 2012

Setting Niat.


Dari Ka’ab bin Malik RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Sesiapa yang menuntut ilmu dengan tujuan bermegah-megah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu atau dengan tujuan bertengkar dan bertegang-tegang urat dengan orang-orang yang jahil dengan ilmunya itu, ataupun dengan tujuan menarik orang ramai memujinya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.” (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majjah)

Nota: Sumber dari Mastika Hadis.

Assalamualaikum..

Lama benar tidak mencoretkan sesuatu di lembaran blog ini. Skill (ceh!) penulisanku sudah dropped. Seakan-akan sudah tidak pandai langsung meluahkan melalui tulisan di blog. Ok.


Sekarang aku sudah menjadi Mahasiswa Sarjana setelah tamat Sarjana Muda pada bulan Jun lalu. Lain sekali menjejakkan kaki di tempat baru dan memegang title yang baru,pelajar Masters.

Hadis diatas selalu bermain difikiran aku sebelum aku membuat keputusan menyambung masters, selalu, sehingga sekarang. Dan kebetulan didalam kelas juga Dr (Lecturer aku) membaca hadis yang sama.

Bukan senang menuntut Ilmu dengan niat yang Ikhlas dan diketepikan segala penyakit hati. Susah. Susah amat. Tapi harus berjuang. Kena berjuang!


Minggu depan (Isnin) dah masuk minggu ke-3 aku sebagai pelajar Masters USM, dan minggu ke-3 jugalah aku perlu menetapkan tajuk untuk disertasi aku. Namun, hingga saat ini, jam ini, waktu ini, aku masih tak ada idea untuk tajuk aku.

Aku berdoa, sering, "Ya Allah, mudahkan lah aku untuk dapatkan tajuk yang terbaik yang dapat aku sumbangkan kepada Islam, ummah, masyarakat". Dan hal untuk menyumbang itu membuatkan aku sentiasa sedih dan pusing, bagaimana hingga saat ini tajuk yang terbaik belum ditemukan. Aku ni tidak ada apa-apa idea nak sumbangkan untuk Islam, ummah dan masyarakat kah? Masa aku decide nak sambung aku tak prepare dengan tajuk ke?

Memang kalau diikutkan study plan semester ke-2 barulah buat disertasi, tapi Lecturer di ISDEV yang Alhamdulillah memang sangat impress sudah menyediakan students ISDEV dengan lapangan menulis disertasi pada semester pertama. Aku yang hanya terbiasa menulis mini research paper pada masa membuat degree agaklah terasa kesukarannya.

Apapun, sehingga saat ini, aku terus berdoa dan akan terus berdoa sehinggalah aku menjumpai tajuk yang benar-benar membantu menyumbang,bukanlah sekadar hebat, kick, boom, atau sebagainya, namun impact kepadanya hanyalah zero, nada!


Allahumma yassir umurana ya Allah.

(Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?Dan Kami telah ringankan bebananmu.Yang telah memberatkan belakangmu.Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu,
maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu. (Al-Insyirah:1-8)

Maka, aku yakin Allah pasti akan berikan aku idea kalau aku Ikhlas dan terus mengharap pada Allah s.w.t. Allah itukan Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Pengasih.

Jangan terus mengalah dan berhenti sebab kasih sayang Allah tak pernah berhenti pada hamba-hambaNYA. I love Allah. :)