Thursday, August 20, 2009

ramadhan oh ramadhan...

ya Ramadhan,
kau kembali lagi,
apakah aku dikira hipokrit menyatakan bahawa aku benar-benar rindu kepadamu ya Ramadhan...
sedangkan aku tak mempersiap-sediakan diriku secukupnya untuk bertemumu???
ampun ya Rabb,
aku sedaya upaya mempersiapkan diri semampuku..
sedaya ku...
Syukur ku lahirkan kepada MU mempertemukan aku kembali dgn Ramadhan yang telah meninggalkan aku setahun yang lalu...
syukur kerana memberikan aku kesempatan bertemu kembali tarbiyah Ramadhan...
kiranya di saat ini masih ramai yang belum menikmati madrasah Ramadhan...
ada yang sudah bertemu ENGKAU kembali ya Rabb..
apakah di saat entri ini ditulis aku masih berkesempatan bertemu Ramadhan pada esok hari?
sedangkan sesaatpun hidupku dan matiku tidak aku ketahui...
sedangkan janjiMU pasti bahawa tidak sesaat pun ajal akn terawal dan terlambat...

andai ini yang terakhir bagiku...

ya Rabb,
seandainya ini Ramadhan terakhir bagi ku,
sudi kiranya KAU berikan aku kekuatan untuk melakukan ibadah sebanyak dan semampuku..
ya Rabb,
seandainya ini Ramadhan terakhir bagi ku,
sudi kiranya kau berika aku hati yang tenang untuk melakukan semua ibadah dengan penuh khusyuk..
ya Rabb andai ini Ramadhan terakhir bagiku,
sudi kiranya kau berikan aku peluang merasakan keberkahannya..
ya Rabb,
andai ini Ramadhan terakhir bagiku,
sudi kiranya kau beri aku kekuatan bertarawih berjemaah bersama saudara2 ku..
ya Rabb,
andai ini Ramadhan terakhir bagiku,
sudi kiranya kau berikan aku bertemu dgn malam yang namanya Lailatul Qadar...
ya Rabb,
andai Ramadhan ini BUKAN yang terakhir bagi ku,
semoga aku dapat merasai tarbiyahnya seperti aku tak akan bertemunya lagi..
ya Rabb,
KAU segalanya bagiku..
maka KAU perkenankan doaku...

semoga Ramadhan dirasai dan dimanfaatkan sebaik mungkin..
kerana kita belum pasti apa akn bertemu dgnnya kembali atau tidak...
dan apakah kita boleh merasainya sehingga usai 30 Ramadhan??

"RAMADHAN KAREEM BUAT SEMUA"

Sunday, August 16, 2009

kem solat-(siri 2)

salam studi..haha...
mengantok bila tgok buku seperti menjadi hobi
pulak...=)
curi sedikit masa utk menulis entri baru...
pengalaman
menjadi faci kem smart solat yg berikutnya...

Tarikh:15-16 ogos 2009
Tempat: masjid Kg.Nakhoda

Kisahnya mengapa aku menjadi faci...
16 hb aku ada test mathematics yang bkn sahaja aku tak habis melunyaikan
buku tapi subjek ini jugak yang membuatkan aku takut,cuak, dan sebagainya...tapi
aku rasa perlu aku membantu memandangkan shbat2 lain sudah diaturkn dgn tugas
masing2 ke muktamar dan kem remaja maka, ku putuskan utk turut menjadi
faci...yalah...pembahagian tugas =)



adik2 perempuan pula...
memandangkan aku memepunyai 2 orang adik lelaki jadi,bagi ku mengurus adik2
perempuan sedikit berat berbanding lelaki...hm...bukan pilih kasih...tapi tak
pe..pengalaman perlu pelbagai..nama2 mereka tak mampu aku senaraikan
seperti sebelum ini memandangkan lidah aku sendiri tergeliat untuk menyebutnya
dan ada yang panjang sekali dan ditambah pula bilangan mereka yang ramai iaitu
20 orang...pelbagai ragam dan kerenah terpaksa aku depani..aku betul2 memohon
semoga aku dapat perform yang terbaik..aku cuma insan biasa yang tak lepas dari
salah dan silap...

"Al-insan la yaqlu a'nil qata' "-manusia tak terlepas dari segala salah dan silap

apa yang aku harapkan dari mereka dimanfaatkan segala ilmu yang diterima dari
setiap pengajaran..semoga mereka bakal menjadi mujahidah2 solehah yang mampu
mengubah tonggak pentadbiran yang korup kepada biah
hijau...

kasut kesayanagnku...
kesedihan melanda tatkala sandel kesayanganku yang berwarna biru yang berharga RM14.90 itu tidak kelihatan ditmpat parkingnya...di tangga masjid...aku cuba tawaf dan tawaf...malangnya tak ditemui juga...huhu...kawan aku juga hilang sandelnya...siapalah yang agaknya mengambil kasut2 itu...takpe semoga ia menjadi jariah...dan barangkali orang itu tersalah kasut agaknya...atau kasut2 kami itu terlalu cantik utk sekadar dilihat sahaja....apa yang membuatkan aku terkilan aku tak sempat menatap kasut itu lagi...=/

sekadar gambar hiasan
pengajaran...
banyak yang dapat ku ambil walaupun aku menjadi fasi biasa...pengalaman perlu dicari...kata ustaz di kem tersebut...
  1. kita jelas bila faham
  2. kita dirahmati bila beramal
  3. kita dihormati bila bermanfaat
  4. kita maju bila berinovasi
  5. kita mantap bila berpasukan

aku betul2 terkesan dgn kata2 ini terutama yang ke-3..sudah 2kali aku menghadiri kem solat sebegini dan aku didengarkan dgn kata2 yang sama...
pulang berkaki ayam...
ya lah...dah kasut tak der nak buat camner,terpaksalah berkaki ayam...digelak dek ustaz yang menghantar kami pulang...haha...nak buat camna...kuterima seadanya..dan hari ahad itu aku terpaksa meminjam kasut kawan yang besar dan masukkan kedalamnya paper supaya tak tercabut untuk ke test math...huhu...ujian yang kecik...

sekian...

wallaua'lam...=)

Tuesday, August 11, 2009

kem smart solat...

Menulis kadang kala mampu menghilangkan kesedihan hati……=)

Hari Sabtu yang lepas aku diamanahkan menjadi fasilitator Kem Smart Solat yang berlangsung di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Selangor…kem tersebut adalah anjuran Jabatan Agama Islam Selangor dan program dijalankan di seluruh masjid sekitar Selangor…menjadi faci bagi adik2 yang berumur 10 thn dan lelaki yang agak nakal bknlah senang..kerana memerlukan kesabaran yang tinggi…ni nama adik2 aku:

1)adik Ilham
2)adik Abid
3)adik Nabil
4)adik Hazim
5)adik Araz
6)adik Aizat
7)adik Rizuan
8)adik Alif Hafiz
9)adik Yus
10)adik Shazmin
11)adik Akasyah
12)adik Farhan
13)adik Aidil

TAKUT ALLAH
haha…perangai budak2 nih boleh la tahan…
tapi apa yang membuat aku tertarik adalah apa yang mereka pegang tentang apa yang mereka tahu…sgt kuat…contohnya: bila dorang bising aku ugut “kalau adik2 bising akak panggil ustaz2 yang garang jadi faci adik2 nak tak?”……..

nak tahu ape yang budak2 tu jawab?.. “panggillah, wat pe nak takut, die bukan Allah”…adeh la…salah ayat rupanya aku…

TERANG HATI
dan hati budak2 itu sgt terang..disuruh hafal niat wudu’ mereka tak perlu mmgang buku spt kita yang dah tua2 ni,cukup sekadar dgr kawan2 mereka hafal 3,4 kali dah siap

“ustazah(panggilan utk aku di sana…haha…mcm xlayak je) nak hafal"…mmg la sangkut2 sket sbb in Arab…kalau BM laju jer

LOGIKLA
“ok, sape yang belum amik wudu’ tadi,tunjuk kat akak cara nak amik wudu’ camner?hah,hazim belum lagikan?cepat hazim,camner nak amik wudu’?” nak test tgok ingat ke tak teori yang di ajar….

“tak tau”jawab hazim… “tu la kamu,time kawan2 amik wudu’ adik tak tengok.ok, sape nak tolong ajar hazim amik wudu’?”semua diam…. “sape yang ajar kwn dia,dapat pahala” kataku…berebut2 budak2 tu angkat tgn… "ok Ilham ajar hazim camne nak amik wudu’ dgn betul”….
ditunjuklah budak tu dari mula hingga akhir diselang seli dgn gangguan teman2nya yang lain,turut sibuk manambah…setelah selesai aku meminta hazim mengulangi apa yang diajarkan Ilham..teragak2 dia tentang anggota badan yang mana satu harus dimulakan dahulu… “kaki dulu la”acah Araz…hampir terpengaruh hazim dgn kata2 Araz..tibe2.. “ko ni fakir logikla,takkan sudah ko basuh kaki pastu ko nak kumur plak,kotor la”kata Yus…ya, mmg wudu’ itu untuk membersihkan diri…tapi bagi budak2 seusia itu berfikiran begitu bagiku sudah cukup baik..analogi Yus seperti berkait tentang tertib wudu’,aku sendiri tak terfikir…
KENA BALIK AWAL
Sayang sekali aku terpaksa balik awal sebelum slot akhir,kerana ada hal…dan sgt2 sayang aku tidak dapat mengabadikan walau sekeping gambar pun memandangkan handphoneku 'terlalu canggih' dan tak membawa kamera,jadi aku tak dapat nak upload kat blog ni…huhu..tapi kenangan di situ tetap dihati…aku pasti mengingati dan rindu akan adik2 itu…semoga mereka akn menjadi anak2 yang soleh,insya Allah,amin…itu doaku buat mereka semua…

Hati mereka masih bersih dan mereka masih boleh dibentuk…sayang seribu kali sayang seandainya ibu bapa mereka tidak alert dgn hal ini… kata pepatah

“menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada gunanya”

“anak2 ibarat kain putih,terbulang kepada ibu bapa yang akan
mencorakkan hidup mereka sama ada mahu menjadi Majusi ataupun Nasrani”…
kesimpulannya...
meluntur buluh biarlah dari rebungnya...



Aku insan lemah…=)
Wallahua’lam…

Sunday, August 2, 2009

AKU INSAN LEMAH


Mungkin kesusahan hidup di universiti di sini tidak begitu perit berbanding keperitan hidup di tanah orang…tapi kadang2 kelemahan manusia itu membuatkan kita terasa lemah disaat menerima ujian walau sekecil apapun..dan malahan bukan sekadar kadang2 tetapi seringkali diri terasa kerdil dgn ujian Tuhan yang Maha Kuasa…Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2 (Ali-imran:191)...maka kerana apa kita perlu bersedih dgn ujiannya..Ya Allah smoga berikan aku kekuatan..aku percaya dan beriman kepadaMu dan aku juga percaya dgn apa yang Kau wahyukan kepada Rasul-Mu bahawa tidak akan Kau uji manusia itu kecuali dgn apa yang dia mampu (Al-baqarah:286)..aku mohon ya Tuhan,jgn sehingga aku hilang pertimbangan dgn segala ujianMu kerana aku berharap dgn ujian Kau ini mampu untuk mendekatkan aku dgnMU…ya,benar!aku akui dgn ujian2 inilah manusia yang hina seperti aku akan sedar akan erti kekerdilan aku dan HANYA kepadaMU tempat aku mengadu dan memohon segalanya…Kau Maha Pengasih,Kau Maha Penyayang dan Kau lah yang memiliki segalanya ya Tuhan dan aku hanya apa? Hanya seorang hamba yang berusaha untuk mendapatkan cintaMU supaya segala kesusahan dunia yang aku hadapi dapat ditukarkan dgn kemewahan,kekayaan dan kesenangan di akhirat kelak..aku mengemis kasihMu ya Rabb dgn rasa malu yang menebal atas segala dosa dan kesalahanKu…aku akui sering sekali melupakaMu..tapi disaat kesusahan itu muncul aku kembali kpdMu…ah..seperti orang tidak tahu malu..apa ujian yang kau sering tempuhi ini tidak cukup sbgai pengajaran dari Tuhanmu??fikir2kanlah…

Ya..sifat lupa mmg sudah sebati dgn manusia..maka disaat ingat buat yang sebaiknya..cukuplah dgn semua nikmat yang kau lihat dikelilingmu…mata,hidung,mulut,telinga…hah…penat mahu disebut..apa lagi ditulis…xcukup lagi??BANYAK!!!

Pada sekalian manusia yang senang!jgn kau berlagak sombong dgn sedikit kemewahan yang Allah kurniakan kpdmu kerana seandainya kau sombong maka Allah murka kpdmu..apa kau tidak sedar yang kau juga hidup atas pinjamanNya?kerana itu Dia mewajibkan zakat kpd yang mampu supaya manusia2 bongkak yang memiliki harta pinjaman Tuhan itu sedar akan kemiskinan sebenarnya..biar runtuh seluruh keegoan diri yang mengagungi diri mereka..sesungguhnya Dia Maha Adil..tidakkah mereka2 yang sombong itu sedar bahawa level2 penciptaan manusia itu adalah pengajaran bagi yang berfikir?bukan untuk dikeji dan dikutuk sesuka hati mereka (ad-dhuha:10)..ketahuilah sesungguhnya Tuhan itu Maha Kuasa atas segala sesuatu dan berfikirlah atas setiap kejadiaan ciptaanNya…

Semoga kelak ada jln keluar utk stp kesusahan…aku mendambakan cintaMU…=)
Semoga Kau sudi menerima cintaku yang compang-camping ini YaRabb….insyaAllah

*sekadar renungan buat diri yang hina…

Wallahua’lam…

semalam...

card petugas
..1 ogos 2009..
Aku bertanggungjawab menjadi salah seorang petugas acara Konsert Antara Dunia anjuran Gamis…selalunya ayat bertanggungjawab ini digunakan untuk sesuatu yang berat perlu dilakukan tapi dissat aku tiba di Stadium Malawati Shah Alam semalam aku hanya melengung sahaja dan tidak melakukan apapun..haha…jadi sesuaikah aku menggunaan ayat tersebut?apapun bukan itu yang aku mahu ceritakan…

1ogos menyaksikan dua perkara besar buatku..membuat pilihan kadang2 menyesakkan..tidak mampu manusia membuat 2perkara besar dalam satu masa..memilih ke demo atau menjadi petugas yang mmg dirancang sekian lamanya bknlah sng..apa lg mahu kedua2 tempat sekaligus lagilah tidak terdaya….langkah mudah adalah dgn menyelesaikan tugas yang sudah lama dirancang…kecewa ttp ada kerana suara sudah seperti tidak tertahan mahu menjerit menyebut “mansuhkan ISA”…mata seperti ketagih mahu merasa kepedihan terkena water canon…aku sudah biasa terkena dgn air asid tersebut…hah..boleh tahan,saat itu aku baru tingkatan 1 kalau tidak silap…pengalaman yang tak dapat dilupakan…=) bangga aku menceritakan hal tersebut kpd kwn2 disekolah..ingat di saat itu pepimpin mengamuk dgn menunjukkan taring mereka yang tumpul dgn menghantar kepala2 merah di stp pelusuk ceramah yang diadakan walaupun diadakan dimarkaz Pas sendiri..pengalaman lama…manisnya sampai sekarang…

Menyesal disaat ayah dan mak menelefon menceritakan tntg kakakku yang terkena semburah air keramat cap kepala dan truck merah…dan aku hanya menongkat dagu dikeriuhan bunyi muzik2 untuk preparation concert pada malamnya…terlalu ramai committee yang semangat mahu menolong (ramai yang berminat dgn gerak kerja Islam)..alhamdulillah….berkali2 aku merungut kepada ayah atas kekesalan tidak dapat ke demo…kata ayah “tak pa..tolong yang tu (concert) pun kira tolong Islam jgk. Janji ada sumbangan.Jgn dok saja sudah”..dan sebagai memujuk ayah menyambung “malam ni clear (best/syok) la..tok guru Nik Aziz rasmi,siap nak baca puisi lagi”..haha..ayah mmg mcm tu..aku layan ja..walaupun xla reda sgt perasaan aku…

Dimalamnya…
Wah,ramai jgk orang yang datang concert tersebut…seperti suasana muktamar Pas ke55 disesi perbahasan sahaja suasananya..hehe..terkenang kembali detik itu bersama kawanku..=) malahan aku rasa lebih ramai dari itu..disaat pengunguman ketibaan VIP aku seperti hilang rasa rugi tidak menyertai demo apabila melihat ketibaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..keperibadiaannya membuat aku jadi kagum kpd beliau.. “tu la korang tak nak dok dpn tadi,kan dah terlepas nak ambil gambar Tok Guru” luahku kpd kwn2…emo la pulak yer…hehe..aku xder la marah pun…saje je nak bagi mereka2 itu cuak…sebagai persediaan aku berpakat dgn seorang kawanku turun kebawah supaya senang untuk mengambil gambar bila Tok Guru merasmikan majlis..disaat Tok Guru berpantun aku bersama rakan dgn muka yang tak malunya kehadapan pentas untuk mengambil gambar..dan disaat keberangkatan pulang pun sempat jgk aku snap gambar beliau…(p/s:mungkin bagi kaum adam bersalaman dgn Tuan Guru adalah satu kebanggaan tapi bagi kaum hawa dapat melihat gambar, itu sudah cukup memberi semangat baru seperti menerima taujihad baru dari seorang Mursyidul Am yang dikagumi setiap insan)…ini mengingatkan aku tentang setiap sesuatu itu ada hikmahnya selagi mana berbuat kebaikan insyaAllah kita tak akan merasa rugi…kalau buat jahat mana nak ada hikmahnya…yang ada cuma dosa..

Persembahan yang menarik disajikan kepada para tetamu…menyirap darah semangat disaat mendengar persembahan kumpulan nasyid dari Indonesia,Shoutul Harakah (selama ni Cuma dapat tgok di vcd and youtube je,skrang tgok live)…ada yang bangun dan bersemangat bersama-sama menyanyikan lagu tersebut..bagi aku disaat mendengar lagu bahtera kehidupan sudah cukup membuatkan semangat berkobar2…insyaAllah aku mampu menjadi serikandi Islam..AMIN..

Apa pengajaran yang dapat aku ambil dari hiburan ini?
Pertama:setiap lagu mempunyai daya tarikan yang tersendiri,terpulang kpd seseorang untuk menilai dan mentafsirnya
Kedua: yang penting adalah motif nasyid atau lagu itu disampaikan…dan bukanlah pakaian hehe..tukar baju 2,3 kali pun kalau xder motif tak guna…tapi yang semalam nampak mantap dan mampu memberi pengajaran..alhamdulillah…TAHNIAH buat Gamis…
Ketiga:berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah,hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah…macam pernah kulihat ayat ini,tapi dimana ya…=) fikir2kan dan selamat beramal….
Wallahua’lam….