Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Saturday, March 2, 2013

Are you okay?

I admit that when it comes to responsibilities, we don't need people to remind us, we will do the things ourselves.

When I write this entry, I'm thinking about my friend. Not so sure where she is now. She is (until now) one of my best friend when I was in secondary school. She is an orphan. In my whole life, I could remember that I did a mistake when I was in Form 1 to her. Big mistake which I really hope she will forgive me. That was not a big mistake for her, yet also a wrongdoing (dosa). As Prophet says we have to preserve the right to the orphan.

When I left secondary school and entered UIA almost 2 years, I met her via facebook. Seriously, I was so excited. From that meeting, I knew her mother has passed away. And she live with her brother. She furthered her studies in Diploma in IT. She was an outstanding student. Yet, she doesn't have chances to take degree. Alhamdulillah, Allah is the Best planner, she got job. But, now, I mean today, I didn't get any news from her. I wonder how's her situation right now. I always tell her, do contact me if anything happen or if she needs any help. I sent her few messages, but even today I didn't get any reply even once. 

Secara jujurnya, aku mengaku, aku memang risaukan dia. Aku rasa kalau sesuatu terjadi pada dia, aku tak akan dapat sebarang pesanan dari family dia sebab aku memang yakin family dia tak kenal aku. Dan sebenarnya, aku memang rasa bertanggungjawab sebagai kawan untuk buat dia senang walaupun keadaan menguji dia sedimikan rupa. Aku pernah terfikir, if aku ada duit yang banyak memang aku akan sponsor dia sambung degree. Dan bawak balik dia ke Kedah (sebab dia selalu cakap dia rindu Kedah). Kadang-kadang ujian macam ni buat kita sedar, kita bukan sorang-sorang duduk atas muka bumi ni, masih ada orang lain yang kta perlu fikir dan jaga haknya. Aku risau dan aku memang rasa bertanggungjawab kepada kawan aku ini. Ada beberapa kawan aku yang selalu cakap aku selalu sangat stress dengan masalah orang lain, entahla mana datang wording stress dalam hal macam ni, bukankah "when you do something good to other people make you feel better"?

P/s: Kawan, aku memang harap hang okay, tolong reply sms aku, atau post something di wall fb aku, atau PM aku di fb. Kalau ada masalah bagitau aku. This is what a friend for kan?? Aku sayang hang kerana Allah. :D

Sunday, February 17, 2013

Tiada yang mudah melainkan Engkau mudahkan Ya Allah...

Hari ini bermulalah semester baru bagi pengajian masters aku. Kelas pertama dan memang hanya ada satu subjek sahaja yang diambil untuk semester ini, iaitu Ekonomi Politik Islam tadi bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Semester ini bakal membentangkan kertas kerja di Medan pada bulan April.

Semester ini perlu siapkan chapter 1,2,3, dan mungkin 4 dissertation.

Malam ini kawan baik aku akan fly  ke Australia dan entah bila lagi akan berjumpa.

Ya Allah, mudahkan semuanya bagi aku.

Allahumma yassir.

Wednesday, March 14, 2012

Terus Hidup...InsyaAllah...

Sudah lama meninggalkan blog ini bersawang dan berdebu...kalau blog ini punya perasaan mungkin ia akan berkata kepada aku:

' sudahlah kau, bila senang cari aku, masa susah lupa aku'
'habis madu sepah dibuang'
'pergi jauh-jauh, jangan datang jumpa aku lagi'

alahai blog, kau bukan tak kenal aku...aku kan sibuk...(macam blog ni bleh cakap je)...heh~ sebenarnya yang membuatkan aku sudah lama tak menekan keyboard disebabkan aku buta IT, aku tak boleh nak sign in, akhirnya ada kawan yang sudi membantu...kawan aku memang hebat dari aku pon, ok, terima kasih untuk hal itu...

ok, sekarang macam ni, aku nak cerita hal aku sikit,aku tak tahu hal ni menarik atau tak, tapi cukup sebagai nak panaskan enjin yang dah lama 'beku'..:P

baik, ceritanya macam ni....aku ada seorang kawan, kawan baik juga lah...yang buat kerja sama-sama, pergi meeting sama-sama, ponteng meeting pun sama-sama :P (tapi dia lebih baik dari aku)...dia ni, kalau aku tengok cara dia study, pergh! memang aku rasa dia tak boleh lulus...tapi, apa yang ajaib banyak subjek-subjek yang tough dia lepas...jenis dia, baca je...aku tak, siap hafal, ingat, tulis, nota, semua lah, yang aku rasa boleh buat aku tak jam nak jawab exam nanti...

Bila aku recall balik, baru aku perasan dia ni jenis yang suka baca buku teks...memang mantop...aku kalau baca buku teks, boleh jadi bedtime stories...belum mula baca dah pejam...tapi kawan aku ni tak macam tu, dia fokus....

Lama-lama aku try, cuba, test, baca buku teks, waaaaaaahhhhhh! sungguh! memang best kalau kita faham apa yang kita belajar...taklah pening nak hafal...taklah tepu otak nak ingat semua benda...atau otak jammed!

Lama-lama, aku okey dah baca buku teks...aku memang usung buku teks ke mana je...sampai aku sakit belakang disebabkan buku teks yang memang berat...pernah aku rasa sakit tu sampai ke tengkuk...

Sekarang, cuba kita fikir, berat-berat buku yang kita usung kesana-sini, akhirnya kita dapat ilmu darinya, dan apabila kita sudah grad atau habis belajar apa yang kita dapat?

Adakah kita sekadar dapat sakit belakang?
Dapat skor?
Dapat habiskan duit sbb buku tekas mahal?
Atau berat itu sekadar sesuatu yang menyusahkan suatu masa dahulu, tapi di hujungnya, kita lupa semua...tak ingat langsung...tak guna langsung ilmu-ilmu itu untuk kita, apatah lagi untuk org lain, maka jadilah ilmu itu ibarat pohon tak ada buah...:)

Jadi bagaimana?
Pilihlah jawapan yang cool :)


Yang dah lama tak menulis,
~curious~