Sunday, February 17, 2013

Tiada yang mudah melainkan Engkau mudahkan Ya Allah...

Hari ini bermulalah semester baru bagi pengajian masters aku. Kelas pertama dan memang hanya ada satu subjek sahaja yang diambil untuk semester ini, iaitu Ekonomi Politik Islam tadi bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Semester ini bakal membentangkan kertas kerja di Medan pada bulan April.

Semester ini perlu siapkan chapter 1,2,3, dan mungkin 4 dissertation.

Malam ini kawan baik aku akan fly  ke Australia dan entah bila lagi akan berjumpa.

Ya Allah, mudahkan semuanya bagi aku.

Allahumma yassir.

No comments:

Post a Comment