Showing posts with label tazkiyatunnafs..... Show all posts
Showing posts with label tazkiyatunnafs..... Show all posts

Saturday, September 22, 2012

Setting Niat.


Dari Ka’ab bin Malik RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Sesiapa yang menuntut ilmu dengan tujuan bermegah-megah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu atau dengan tujuan bertengkar dan bertegang-tegang urat dengan orang-orang yang jahil dengan ilmunya itu, ataupun dengan tujuan menarik orang ramai memujinya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.” (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majjah)

Nota: Sumber dari Mastika Hadis.

Assalamualaikum..

Lama benar tidak mencoretkan sesuatu di lembaran blog ini. Skill (ceh!) penulisanku sudah dropped. Seakan-akan sudah tidak pandai langsung meluahkan melalui tulisan di blog. Ok.


Sekarang aku sudah menjadi Mahasiswa Sarjana setelah tamat Sarjana Muda pada bulan Jun lalu. Lain sekali menjejakkan kaki di tempat baru dan memegang title yang baru,pelajar Masters.

Hadis diatas selalu bermain difikiran aku sebelum aku membuat keputusan menyambung masters, selalu, sehingga sekarang. Dan kebetulan didalam kelas juga Dr (Lecturer aku) membaca hadis yang sama.

Bukan senang menuntut Ilmu dengan niat yang Ikhlas dan diketepikan segala penyakit hati. Susah. Susah amat. Tapi harus berjuang. Kena berjuang!


Minggu depan (Isnin) dah masuk minggu ke-3 aku sebagai pelajar Masters USM, dan minggu ke-3 jugalah aku perlu menetapkan tajuk untuk disertasi aku. Namun, hingga saat ini, jam ini, waktu ini, aku masih tak ada idea untuk tajuk aku.

Aku berdoa, sering, "Ya Allah, mudahkan lah aku untuk dapatkan tajuk yang terbaik yang dapat aku sumbangkan kepada Islam, ummah, masyarakat". Dan hal untuk menyumbang itu membuatkan aku sentiasa sedih dan pusing, bagaimana hingga saat ini tajuk yang terbaik belum ditemukan. Aku ni tidak ada apa-apa idea nak sumbangkan untuk Islam, ummah dan masyarakat kah? Masa aku decide nak sambung aku tak prepare dengan tajuk ke?

Memang kalau diikutkan study plan semester ke-2 barulah buat disertasi, tapi Lecturer di ISDEV yang Alhamdulillah memang sangat impress sudah menyediakan students ISDEV dengan lapangan menulis disertasi pada semester pertama. Aku yang hanya terbiasa menulis mini research paper pada masa membuat degree agaklah terasa kesukarannya.

Apapun, sehingga saat ini, aku terus berdoa dan akan terus berdoa sehinggalah aku menjumpai tajuk yang benar-benar membantu menyumbang,bukanlah sekadar hebat, kick, boom, atau sebagainya, namun impact kepadanya hanyalah zero, nada!


Allahumma yassir umurana ya Allah.

(Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?Dan Kami telah ringankan bebananmu.Yang telah memberatkan belakangmu.Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu,
maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu. (Al-Insyirah:1-8)

Maka, aku yakin Allah pasti akan berikan aku idea kalau aku Ikhlas dan terus mengharap pada Allah s.w.t. Allah itukan Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Pengasih.

Jangan terus mengalah dan berhenti sebab kasih sayang Allah tak pernah berhenti pada hamba-hambaNYA. I love Allah. :)





Sunday, April 11, 2010

aku tengah boring.... :)

looking here and there...reading this and that...playing this and that...ternyata tak dapat menghilagkan bosan aku yg levelnya baru ditahap pertama...

cuti kalau lama2 tapi ada kawan ok lagi rather than duduk melangut tongkat dagu...hahaha...

cuti almost 3 weeks la jugak...best jgk cuti if we can spend the whole holidays beneficially...hm,tapi aku xdak aktiviti yg best lagi setakat ni...huhu...thats why pening2 lalat jugak dibuatnya...haha

story sket...
ape perasaan korang if ur friends yg before this u all expecting them to be good person and plus hope they're good tapi sebenarnye hampeh?

ok, mcm ni la...semua manusia directly or indirectly, voluntarily or not sebenarnya have their own responsibilities...for us yg Muslim ni actually ade tanggungjawab besar as a da'i...nak jadi da'i ni persediaan kena cukup mantap...senang nak cakap i'm a Muslim..tapi nak become good muslim yg can be good example or role model terhadap other Muslims and also non-Muslim bukan senang mcm kita jangkakan dan rasakan yg tru baring and mimpi boleh buat...huhu

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, klu nampak kemungkaran cegahlah menggunakan tangan(kuasa),lisan,hati...yg demikian(hati) adalah selemah2 iman...

bila kita lihat hadith ni, cuba kita lihat dan renung balik where's our level of iman sebenarnye...yang paling tinggi or yg the lowest one....ada kita pernah tegur directly dekat sape2 yg kite nampak ade buat mungkar?or we just let it be and kata at least aku benci...???

klu kita pernah buat,yang directly tegur that person bagus la...tapi klu kita hanya asyik mampu benci dgn hati sebenarnye not good enough la kite ni...tapi INGAT!!! it's better than kite xrasa apa2 dlm hati kita bahkan membenarkan kemungkaran tersebut...

secondly, those yg pegang title MUSLIM sebenarnya bertanggungjawab jugak dengan diri sendiri, Allah, and other creatures...klu dah ur own responsibility nak kena tutup aurat,behave, have good manners, xperlulah sampai orang nak kena tegur baru u should realise yg these are ur responsibilities...terutama yg mmg dah tahu tapi buat2 tak tahu...u all sebenarnye bertanggungjawab nak jawab kat akhirat kelak tau, for what and all things yang u all buat kat atas muka bumi Allah ni....rasenye xde istilah nati solat aku tutup la aurat,since a Muslim should know ape sebenarnya istilah aurat...

nak citer sket, aku ni suka hafal...sometime exam math pon hafal some formulas..and for that reason aku cube,try,test utk avoid all the things yg lagha dan kurang wajar...tapi klu aku nak avoid je tibe2 semua sisters kat mahalah pakai baju yg xcukup saiz dan tak cukup padan untuk badan dorang xke namanye mata aku dah diserang dgn perkara maksiat and ape yg aku jg tersia2...aduhai mata~

peringatan utk diri aku and yg lainnya...jagalah diri dan maruah kita...Allah dah cukup adil untuk semua ummat Islam dan all of His creatures..klu Dia kata aurat wanita tu all parts of body except muka dan tapak tangan maksudnya kena la tutup semua except both parts...xpayah la nak pertikai lagi...sebab He knows well tentang kebaikan hambaNya...bukankah Dia yang mencipatakan kita semua...

"maka pakah kamu memikirkan Kami memcinptakan kamu tanpa sebab, dan kemudian kamu tidak akan dibangkitkan semula???"...QURAN

berfikirlah manusia...dunia tak kekal lama..akhirat jua yg kekal abadi...