Thursday, July 29, 2010

janji Tuhan itu satu kepastian...yakinlah!

salam...
sudah lama aku tidak menulis..aku tahu tak semua berminat untuk membaca tulisan aku ini...entah lah!
apapun niat menulis blog seseorang dan cara menulis adalah berbeza...jika kalian mahu membaca, bacalah, kalau tidak pun tak mengapa...saya faham, ini negara demokrasi..=)

Semenjak dua menjak ini aku kurang sihat, mungkin kifarah dosa, moga Allah ampunkan dosa-dosaku yang menggung tinggi. Aku sudah ke klinik, kena buat blood checking, tak tahu pulak aku kalau demam yang lama@panjang kena buat blood check. Urm...

Dengan kesihatan yang kurang ini, emosi kurang stabil ditambah kepala berputar2 pening dan memikirkan segala tenggungjawab yang tergalas di bahu,sering didoakan, Ya Allah, seandainya aku tak mampu buat semua kerjaku ini, sekurang2nya aku tak tinggalkan semua. Ini amanah, apa akan aku jawab dihadapan mu kelak.

Semalam aku menghadiri Mass Gathering, bila tayangan slide presentation yang dipersembahkan, aku lihat ramai tokoh2@mantan2 pimpinan dan juga orang bawahan club yang dahulu begitu serius bekerja dan mereka sibuk kesana kemar melaksanakan agenda amar ma'ruf nahi munkar yang dianjurkan oleh Allah dalam ayat2 cintanya kepada hamba.(3:104). Dalam kerja-kerja yang tak tahu dan tiada istilah tamat sehingga bertemunya ajal mereka masih mampu senyum dan gembira. Tanpa keluhan, aku pasti!

Akhir-akhir ini aku terlalu banyak perkara yang perlu disettlekan, aku rasa letih. Aku sering mengeluh, aku tension, aku selalu cakap, kalau begini banyak yang perlu dibuat, di mana masa aku nak menelaah pelajaran? Hm... Aku rasa 24 jam yang Tuhan bagi cukup untuk semua kerja-kerja seharian yang perlu kita buat. Dia Maha Tahu SEGALANYA.

Aku teringat bila aku berbual dengan ayah di rumah, di saat bersantai. Ayah aku minat sejarah. Banyak buku tokoh-tokoh perjuangan negara yang menentang segala kezaliman sudah dikhatam olehnya. Ayah banyak cerita pasal tokoh-tokoh tersebut kepada aku seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Hamka, Zulkifli Mohamad, Ustaz Fadhil Noor, dan beberapa tokoh lain dari negara2 lain seperti Nelson Mandela, Chut Nyak Din, Pak Hatta dan banyak lagi, aku sudah lupa, aku memang pelupa, astaghfirullah, mungkin terlalu banyak minum air yang dimasuki semut atau aku terlalu lagho!

Aku yakin dari penceritaan ayah, apa yang aku hadapi belum cukup besar. (Tak perlu dibanding dengan cabaran yang di hadapi Rasulullah dan para sahabat, kerana aku pasti akan terus malu, dan malu). Dan yang pasti mereka mati dalam perjuangan, mereka pasti tenang dalam dakapan syurga Tuhan di sana. Tuhan, aku mahu seperti mereka!

Ya Allah, aku nakkan kesenangan, di dunia dan di akhirat. Aku nak senang disini dan disana, aku nak bahagia di sini dan disana juga, aku nak berjaya disini dan disana juga, pokoknya aku mahu seronok di dua-dua tempai ini, dunia dan akhirat. Tamakkah aku ya Tuhan?

Ya Allah, berilah aku kekutan, supaya aku dapat berjalan dengan segala kekuatan yang ada untuk melaksanakan perintahMu, sunnah RasulMu, amar ma'ruf nahi munkar. Aku mahu dekat dengan Mu supaya aku sentiasa kuat untuk perjalanan dakwah yang penuh gelora dan badai serta duri-duri yang tajan.

Ya Rabbi, bantulah aku. Aku lemah. Aku cuba untuk kuat, tapi ternyata bisikan syaitan dan iblis itu buat aku kadang2 terhenti dari segala tanggungjawabku itu.

Ya Rahim, sembuhkan aku dari kesakitan aku, supaya aku tidak lemah dan dapat menggabungkan diri membuat kebaikan.

Ya Rahman, berikan aku kesedaran dari segala kelalaian dan godaan supaya aku tidak termasuk dari golongan yang rugi.

Ya Allah, Kau berkuasa atas segala sesuatu, Kau berikan aku kekuatan untuk terus berusaha, aku yakin dan aku akan cuba untuk terus yakin bahawa janji Kau akan pasti tertunai. Semoga aku berjaya. Semoga aku berjaya menjadi manusia yang mampu menentang kezaliman dan kemungkaran di atas muka bumi Mu ini.

Ya Tuhan, berikan aku kesabaran yang tebal dindingnya supa aku dapat hadangi dengan segala keseronokan dunia yang akan berpenghujung dengan kematian aku. Aku mahu bahagia yang kekal abadi untuk diraikan bersama keluarga, sahabat-sahabat, dan juga Rasulmu dan para sahabatnya.

Album :
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun

Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

(note: bila aku tulis part ni, media player aku tengah mainkan lagu ni, jadi aku cuba letakkan liriknya di sini, ambillah manfaat)

Ya, TUHANKU YANG MAHA ESA, PERKENANKAN DOA-DOAKU....aminn...

Yakin dengan janji TuhanMu, Dia tidak berdusta, manusia yang sering BERDUSTA. Barangsiapa yang tidak yakin dengan janji Tuhannya, maka dia kafir. Berjuanglah, selagi mana kalian berada dijalan yang Tuhan sediakan dia pasti akan terus menolong dan berada di sisi kalian. Yakinlah, percayalah. Siapa lagi yang akan kamu percayai kalau bukan Pencipta kalian sendiri??

Dibawah aku selitkan dua lirik lagu yang aku rasa mampu memberi motivasi dan kekuatan dalam melalui mehnah dan tribulasi dalam perjuangan:

Stand Together

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team

Here we are living in this world
A journey to the end
We are servants
We bow to Allah
From Him a helping hand
We are different races
From countries far and wide
Together we can face it
Uphold what?s pure and right
We can stand and work hand in hand
We?re stronger when we unite
Share the words and spread the truth
With Iman Allah?s light
In our hearts can?t fake it
When Allah?s love embraced
Together we can make it
The world a better place
Everything in life
We can take everything in stride
?Cause we live in this worldly life
Can only try
Every dream we have
We want to have the very best
But we can only face the test
For we can try

And in team we stand
And in team we can
We can make it through the day
We can help each other one another
And in team we should stay
Let us take the guidance from Allah
And Rasulullah
We can face the world
We can make it through the night

Taman Firdausi

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team

Indahnya taman Firdausi
Tak terbayang di mata
Tak terjangkau di hati
Kurniaan yang abadi
Itulah taman syurga tertinggi
Bagi mukmin yang sejati

Di sana tiada derita
Bahkan usia kan kekal remaja
Wajah ceria berseri
Tanda nikmat tak terperi
Indahnya syurga itu janjiNya
Bagi insan yang bertaqwa

Bidadari dan para pemuda syurga
Bagaikan kilau mutiara
Sungai yang mengalir beraneka rasa
Limpah rahmat Yang Esa

Tiada duka tiada resah
Dan tiada jemu yang melanda
Di sanalah keindahan
Kebahgiaan jiwa yang hakiki
Selamanya
(Kurniakan syurgaMu Ya Allah... Ya Rahman...Ya Rahim)

Haruman Raihan yang memikat sukma
Dan linangan Salsabila
Mahligai permata megah mempesona
Tak tergambar hebatnya

Pasti indahnya syurga akan kalian rasai seandainya kalian mati di jalan yang Dia redhai.
wallahu 'alam...sekian =)

"perjuangan belum selesai,kuatkan diri"

Wednesday, July 14, 2010

dont judge a book by its cover

salahkah aku:
1)minat hip hop dance
2)layan action movie...especially cerita jackie chan
3)masuk kelas drum...hahahaha
4)minat dekat kartun hensem dalam komik PTS
5)jalan2, round2 dgn kawan bersuka ria
6)tengok bola walaupun aku tak la tau semua rules untuk game tu
7)jadi kasar sedikit supaya orang tak buli
8)cuba menjadi someone yang berdiri diatas kaki sendiri

dan banyak lagi yang aku tak terfikir untuk tulis keadaan2 yang membuatkan orang tak suka aku...
adakah criteria diatas tidak sesuai bagi orang seperti aku?
atau adakah aku dianggap jahat kerana berbuat perkara2 diatas?
atau aku cukup baik dan x boleh buat perkara2 tersebut?

apapun aku adalah aku..aku cuba buat yang termampu,susah la kalau nak ikut semua aturan yang kita tak mampu buat tapi orang suruh jugak kita buat...i'm trying to be a good one, whose follow the law of Allah and Rasulullah...Quran and Sunnah...tapi sebagai manusia xmampu untuk capai 100% perfect...so, those who can accept me its me...kalau xboleh apa boleh buat.jangan halang aku untuk jadi aku...

"manusia yang baik adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain"

Wednesday, April 28, 2010

AKU MAHU.............

aku mahu...
jadi sang pujangga,
yang mampu menghapus penindasan dan kezaliman,
lewat bait-bait puisi yang kutulis,
pakai tanganku sendiri

aku mahu.....
jadi karyawan berguna,
yang mampu membebaskan rakyat dari belenggu penjajahan,
minda dan pemikiran,
lewat karya-karya tulisan tangan ikhlas dari hatiku sendiri

aku mahu......
jadi marahaen yang berjasa,
yang mampu menegur sang pemimpin,
yang tamak haloba dengan kuasa dan kekayaannya,
lewat puisi, karya dan sepasang tangan

sabda nabi....
tumpaskan mungkar,
guna kuasa,
lisan,
dan hati

aku mahu.......
jadi orang itu,
yang melaksana sabda baginda,
menghapuskan kemungkaran,
lewat kuasa, lisan dan hati.

Tuesday, April 27, 2010

xtau nak letak tajuk ape...just nak tulis pasal hari nie...

salam 1 malaysia...hm...ops!!boleh pakai ka salam ni...hehehe...
assalamu'alaikum....

semoga hidup lebih baik dan dirahmati Allah selalu...ameen..

hari ni plan aku nak cari keja...mana tau ada rezeki, boleh juga menampung kos pembelajaran aku utk sem akan datang...al-maklumlah ptptn tak mau bagi loan dia kat aku...hehe...nak apply scholarship masih belum bukan rezeki...

terget: PSK @ pekan simpang kuala...berdekatan umah aku...jalan kaki 5,10 minit pun boleh sampai...in case boss nak soh datang awal bancuh kopi boleh la panggil aku...ngeh3...maka berjalanlah aku ke PSK bersama2 kawan aku time skolah dulu merangkap satu uni ngn aku skrg nih...pusing punya pusing....tawaf punya tawaf....akhirnya aku tak berjumpa dgn kerja kosong...errr,maksudnya keja yg bossnya kata..." okay a...u boleh datang keja esok"...ataupun kata "u boleh start keja skrg"..hehe...cuma yg ada hanya harapan...cuma kata2 ni yg dapat kudengar "boleh tinggal no. phone, nama, etc...nati kami call semula"...naik muak aku...dari lepas SPM dulu ayat ni jgk yg aku dgr...huhu...bkn rezeki...kata P.Ramlee..." apa boleh buat, dah nasib badan"...

ada satu kedai yg kami (mewakili aku dan kawan aku) pi tu dia cakap "kami nak pekerja tetap"...hahaha...sedih kan????tak mampu nak menipu kata "mmg kami nak keja tetap pun kak"...keh3

mulanya aku plan nak amik short sem je...tapi dah xdak rezeki...coz xdapat add subject..kurg2 klu dapat 1 pun ok la jgk...tapi xdapat LANGSUNG!!aku xsanggup tanggung risiko sebb masa thun lps aku xdapat add, sampai abeh session add drop aku xdapat add...kesimpulan, susah la nak dapat klu apply manual...very competitive...

dan memandangkan aku tak dapat buat short sem maka aku perlu plan utk bekerja sementara spy aku dapat income...kesian jugak mak ayah aku nak mintak duit bila bukak sem ni..sbb aku bukan org kaya...ehem3...bukan org miskin juga ya....SEDERHANA sahaja...kata Bahruddin Bekri (aku xtau dia punya ayat atau dia pun cilok yg org juga atau mungkin ni mmg dah ayat lumrah yg semua pakai)...' hidup biar sederhana,hati biar senang'...hehe~
dan kerana itulah aku keluar mencari kerja2 kosong hari ni...dgn harapan ada la income masuk...tapi belum dapat lagi hari ni kerjanya...xada rezeki lagi...mungkin esok lusa aku perlu cari lagi...

apapun pengajaran aku hari ni:
1) agaknya terlalu banyk org yg menganggur sebab sistem nak hire pekerja kurg bagus...contohnya: sementara nak tgu pekerja tetap masuk, apa salahnya hire dulu temporary worker spy kerja tak terbengkalai dan org yg nak kerja tapi belum dapat, boleh kerja sementara dan sekaligus, dia secara tak langsungnya telah berjaya memperoleh experience yg dapat diguna utk moh0n kerja2 lain...dan bila permanent worker dah masuk...employer can give notice kepada org yg kerja semntara tu spy behenti...sementara tunggu tu xde la org buang masa, dan org tu boleh cari kerja lain sebelum kena berhenti..kurg2 xde la kebulur..dgn ni jgk dapat la mengurangkan employment rate...ni cdngan ja....budak ekonomi jgn marah aku...hehe

2) hidup kena ada plan...hehe...kurg2 xde la terbongkang tidor je dan buang masa tgok tv dirumah...at lease klu plan nampak la sistematik...and if u work, then u can get some money..

3) org cina susah nak amik org melayu keje ngn dia...ntah la sebabnya aku belum kenal pasti lagi...hehe...tapi kenapa org melayu ramai jadi kuli org cina???
ish...musykil....musykil...boleh pakai ka teori ni....

4) diskriminasi juga wujud kepada kaum2 yg berpakaian menutup aurat (yg betul2 tutp)...contoh nya kalau pakai baju kurung, tudung labuh @ litup mmg susah nak dapt dan cari kerja yg sesuai...knp benda ni wujud di Malaysia yg dikatakan negara Islam..ish3..aku musykil lagi utk kali ke-18...kononnya, kalau pakai x seksi seksa susah nak tarik pelanggan..argh!! tak logik dan tak releven sungguh alasan tu...kita nak jual barang bukan jual org...ntah pape ntah...bangang betul!!! *mmg tgh marah*

ni saje yg dapat aku coretkan buat masa ni...xpe la...yg mn boleh pakai amik, xboleh pakai xpayah amik...sbb kalau nak delete xboleh sbb aku je ade username and pasword blog ni...nak buang dlm tong sampah pun dok dalam comp...xkan nak buang comp kot...he...he...he..

btw, aku wish all the best utk mereka2 yg amik short sem...and plan aku pasni nak gi cari lagi keje kosong...manatau kot2 ada rezeki...insyaAllah amin...

ya Allah, semoga niat aku ikhlas...dan usahaku berhasil...ameen ya Rabb...

sekian dahulu...sebab aku nak pi tgok tivisyen...

(p/s:skema betoi aku tulis...sbb terpengaruh dgn Diari Mat Despatch karya Bahruddin Bekri)...huhu

ADIOS!

Tuesday, April 13, 2010

thak you Allah....

setelah beberapa post aku publish dlm blog ni...aku rasa mcm aku nak memperkenalkan diri aku serba sedikit....aku ni adalah seorang adik, seorang kakak, seorang anak, seorang pelajar, dan lebih penting seorang HAMBA Allah yg amat kerdil disisi yg Maha Mencipta...

Mulakan dgn kisah aku diwaktu kecik2 dulu...nak tell u all the story susah la...mn nak ingt semua...some of them la ye...yg still in my mind...aku dulu bersekolah di sekolah kebangsaan yang terletak di dalam pekan kecil yg deberi nama Kodiang....ntah la nak kata Kodiang ni one of the famous pekan or tak...tapi banyak jugak aku tgok drama dok guna nama Kodiang...hm...perkembangan yg baik...kat sekolah dulu aku antara budak nakal....xtau la level of mischievous tu sampai tahap mn sebab aku xpenah letak KPI utk tahap kenakalan aku kat sekolah dulu...hahaha...klise!
cerita kes nakal, aku pernah lawan bola dengan geng2 abg aku, penah main mercun and baling dekat tuan rumah yg sakit jantung (nsib x padam),penah lawan bola baling dgn budak laki sekelas ngn aku, mcm2 la...dah xingt...tp xla nakal sgt...besa ja ni...kan...kan...kan???
tapi alhamdulullah, sepanjang aku di sekolah rendah prestasi aku agak baik...selalu dok dlm ranking kelas 1st...xpenah exceed than number 10, tu pun numbeer 10 pernah sekali je kot...klu aku xsalah...huhu...then, selalu jugak masuk pertandngan, peringkat sekolah,daerah, negeri je belum...hehe...ad jugak pegang some post dalam persatuan sekolah...pernah jadi penolong rumah sukan walaupun xpenah menang wakil rumah....hm, semuanya ok...kluar dengan keputusan yg agak baik dari my primary school.....Alhamdulillah, thank to God...

with the so-called flying colours result aku masuk ke sekolah agama yg agak famous di negeri yg aku tggl ni...dengan perasan yg agak cuak dan xbest...sebab aku xsuka sebenarnye masuk that school...maklumlah, sekolah agama kan xberapa banyak permintaan (masa time tu la, sekarang dah ramai yg nak masuk religious school),dah la aku sorg ja from sekolah rendah aku yg masuk that school...mau ke xmau ke tetap kena masuk sebab my dad soh masuk...who am i nak lawan my dad punya decision...huhu...PASRAH SEGALANYA....xpe lah...buat2 seronok....aku bukan siapa disekolah ni mcm aku yg dulu time sekolah rendah....with no post,no good prestasi, no everything....and all this membuatkan aku boring dan bosan nak terus duduk di sekolah tu....xpenah menjejakkan kaki di kelas yg 1st ranking (except masa form 5,sbb dok klas 1st...hehe)...ntah all my motivation dalam diri dah fly away with all my hopes yg aku tanam masa di sekolah rendah dulu...flying without wing, which is i didn't know where they were gone....masuk form 3 aku dah berkira2 nak tukar sekolah....yes, and I got offer from sekolah teknik aliran kejuruteraan elektrik, yg sampai sekarang aku agak terkilan kerana x accept the offer...xpela, God knows better...even that, aku x pindah jugak, sebab ayah xbagi pindah....ade sstgh org mak ayah xkisah...tapi mak ayah aku kesah semuanya....they want better to their children...tapi at the last moment aku kat sekolah tu aku dpt perform lebih baik compared to the ealier time masa kat sekolah tu...well, not bad...dari angka 37 dalam kelas jump down terus ke angka 4.....is it better???bagi aku sekolah menengah xbrp bnyk pengalaman best...ntah, mungkin aku kurg menghyati masa tu sebab aku asyik nak cari slah sekolah tu kowt....with flying colours result aku masuk universiti yg agak terkemuka di kota (ayat popular novel....haha)....

here am I now....sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi dan sains pengurusan...majoring BBA....at the first time aku xminat jugak majoring BBA sebab at the first place aku pilih this course sbb nak major in Economics...but, ayah aku soh major in Accounting, kata ayah this course dipelopori oleh kaum cina and as a Muslim aku macam bertanggungjawab utk belajar dan menguasai this sector supaya sooner or later kita xdikuasai org bukan Islam...tapi, lastly aku amik BBA...the reason sebab my dad also...ayah punya cadangan...tapi, untuk kali ni...aku terima cadangan ayah dengan redha dan seIKHLAS hati aku...kerana aku mula yakin dengan setiap pilihan ayah and mak....redha Allah terletak pada REDHA ibu bapa....
now, i realise yg BBA is not bad...good enough sebab my uni tawarkan subject yg critical utk my course....sgt best...even amik economy u can be an accountant...xcukup bagus ke...aku dah go tru all my subject yg patut dan boleh diambik sepanjang belajar kat sini....very3 interesting....

kesimpulannya,
1) kita kena bersyukur sengan apa yg kita ada...manusia sering mengeluh dari bersyukur, sedangkan dia xtahu apa yg terbaik untuk dia, TAPI, apa yang Allah berikan dah terbaik dan sesuai untuk dirinya...jadi, be a good Muslim dan seringlah bersyukur kepadaNYA...He knows well...

2)mohon petunjukNYA utk setiap keputusan kita, kerana perancangannya lebih mantap dari apa yg kita rancangkan...

3) redha Allah terletak pada redha Ibu dan Ayah...mungkin our parents adalah wasilah yg terbaik yg Allah bagi utk membantu kita membuat keputusan...accept dan respect diaorg punye keputusan except for those result yg pelik2...means pertimbangkan jugak la keputusan tu, jgn la accept it blindly...just do some discussion...bincang dgn parents!

4)THANK YOU ALLAH for what You had given to me, giving me,will be given to me...everything yg ada padaku semua milik MU yg hanya dipinjamkan kepadaku utk kadar sementara...jadikan aku hamba yg bersyukur kepadaMu...

5) FORGIVE me YA RABB, for all my sinsss yg aku dah lakukan, sedang lakukan, akan lakukan...aku insan lemah yg xlari dari dosa dan kesilapan...

inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati...lillahi rabbil a'lamin....
my prayer my sacrifice my life and death are (all) for Him...
from Allah I come, and for Him i'll returned back soon...

semoga mati dan hidupku dalam iman dan islam...insyaAllah...amin...