Tuesday, January 11, 2011

~welcome me for new sem~

It is such a long time i’ve not been here. It’s all about time. Masa seakan2 bukan hanya cemburu tapi macam dah dengki dengan aku..huhu...aku cuma ada masa for those things yang di namakan FB, check emel, itupun sebab risau kalau2 ada emel atau benda penting yang lecturer bagitau. Takut juga tak check bila masuk kelas kena sound..huhu
Btw, as usual, if you feel that continue reading is enjoyable then you can scroll it down until you finish reading what i’m rambling about in this blog..haha

Seriously, I have undergone 4 weeks and now is 5th weeks of this semester. And all the quizzes, midterm, assignment, project paper, research is started. Tough, will be tougher. 3rd year is not like other past semesters, so sure about that.
Taking 21.5 credit hours, haha...it is just to challenge myself even my GPA dropped little bit last semester. 21.5 with 7 subjects. Expectantly, I can do the best! Chaiyok2.. YES, Allah is always on my side. It’s you who should pray to Him for all the things you want. Yet, you should know He knows best la kan?
Okey, little bit tazkirah, for me and all you, dear friends,
Here I gonna share with all you friends it about how you can get strength, oh surely, it’s just my opinion, and you no need to apply it...but, why not, you can try it, who knows, it maybe succeed.

1) My lecturer had said to me (in class), she told that we should go sleep early, so that we can wake up early, for qiyamullail, as well as study
2) You have to study every day, study at the beginning not last minute or we call it at the eleventh hour.
3) Of course, have belief in Allah for what we’re doing, get bless from Him, parents also, without their bless, no bless from Allah.
It’s just four, i’ll add up if I realise anything that I can share with all of you friends.

Remarks: Aku nak berubah, macam2 aku tanam azam untuk sem baru, tahun baru...susahnya nak berubah, only He knows..tapi aku kena lawan juga, kata kawan aku kita kena paksa diri, and for me aku letakkan satu quotation sbgai motivasi “ Fake it until you make it, do it until it become your habits”

Everything, baca buku, study, baca quran, qiyamullail, ma’thurat, Al-kahfi, Al-Mulk, Puasa, zikir, Dhuha and others kena lawan sikit..Syaitan, nafsu, semua nak seronok kat dunia ni, tapi adakah kita tak mahu kejayaan akhirat juga?
Buatlah yang terbaik, apapun, tapi biarlah apa yang dibuat tu berperingkat, jangan lah sampai kita rasa fed up plak kalau drastic sangat perubahan ni, kata sorang ustaz yang aku pernah dengar dia ceramah, katanya, perubahan kalau terlalu drastic tak kekal lama.
Aku rasa setakat ni je kot, kalau korang ade ape nak share leh la drop kat sni, btw, thanks sudi baca repekan aku...=)
See next time...salam

no title.

Berubah menjadi manusia yg lebih baik cukup sukar kerana kita terpaksa berhadapan dgn pelbagai reaksi org di sekeliling kita kerana kadang2 reaksi ini bakal bmembuatkan kita cepat berputus asa dgn perubahan kita. Tuhan, hamba lemah.Tak dak daya. Apalah kudrat aku sekadar hamba. YaRabb aku mahukan kekuatan itu untuk terus istiqamah di jalanMU.

‘ aku tahu inilah kasih MU,
Aku tahu inilah cintaMu,
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku, tak semuanya yang ku mahu’
Bait2 lagu itu membuatkan diri sedar yg dia perlu akur dgn kehendak Tuhan. Tak semua apa yang dia mahukan mampu berada dalam gengamannya. Dia dulu cuma orang biasa yang tak pernah berpisah dgn segala keseronokan dunia. Ya, mungkin tak tahu hukum adalah alasan yang paling kukuh yang dia ada pada masa itu untuk melepaskan diri dari hukuman dosa, mudah-mudahan. Itulah doanya saban waktu. Tuhan jangan kau hukum aku dgn apa yang aku lupa dan tersalah.
“faris, kau dah solat belum?jomlah solat sekali” pertanyaan si teman meruntuhkan tembok lamunannya terhadap segala sejarah silamnya. Senyum. “ belum. Kau tunggu kejap, aku nak ambil wudhuk” seraya berlalu ke bilik air. Dalam solat dan doanya, air mata berlinangan terkenang kisah silam. Tuhan, aku mahu hidup dlm keredhaanMu.
*************************************************
“ Faris, tak salah kalau kau ingat tentang kisah-kisah silam kau dulu kalau ia mampu buat kau kesal ,bersungguh2 dan ikhlas memohon ampun dari Allah. Tapi jangan sekali-kali dosa2 silam kau buat kau jadi bersangka buruk dgn keampunan Allah terhadap kau kerana keampunan Allah tu lebih besar berbanding dengan kemurkaanNya terhadap hamba” kata Aiman. Aiman teman satu usrahnya di kolej dahulu. Aiman adalah salah satu diantara asbab yang membawa kepada perubahannya sekarang. Sahabtnya itu dari dulu hingga sekarang tidak pernah jemu menegurnya dan memberi semangat untuk dia terus yakin dengan perubahannya sekarang. Kata-kata ini juga menjadi kata-kata keramat yang dia pegang hingga saat ini agar dia mampu berhadapan dengan seribu macam kritikan.
Hari ini dia ada temu janji dengan clientnya di sebuah restoran di tasik titiwangsa. Jam di tangan menunjukkan pukul 1 petang. Dia perlu cepat supaya dia sempat untuk solat zohor sebelum temujanji bermula pada jam 2 petang. Kunci kereta dicapai dan beberapa dokumen dimasukkan kedalam beg bimbitnya. Perjalanan yang menganbil masa 15 minit dihiburkan dengan alunan nasyid dari corong radio kereta. Hatinya terasa sedikit lega kerana keadaan jalan raya tidaklah berapa sesak. Mungkin orang ramai lebih suka menaiki kenderaan awam untuk menglakkan kesesakan jalan raya.
Sesampai di restoran tersebut dia bergegas ke musolla yang berdekatan. Lama dia dalam sujud terakhirnya diiringi esakkan kecil. Salam. Syukur dan istighfar terbit dari hati. Tanpa lengah, dia terus ke restoran yang agak terkenal di ibu kota itu. Alhamdulillah, dia masih belum dikategorikan sebagai orang munafik yang gagal menunaikan janji, dia masih punya 5 minit untuk menenangkan fikiran sebelum jam menginjak ke pukul 2 petang.
10 minit berlalu, dan dia masih tetap menunggu bersama segelas air barli yang sudah separuh di minum. Kadar sabarnya sudah rendah, telefon bimbitnya di keluarkan dari saku seluar sebelah kanan, nombor didail. “ maaf, Encik Amir, awak lambat lagi ke?” soalan terus diajukan setelah talian dijawab. “ Baik, saya tunggu Encik Amir lagi 10 minit ye. Harap Encik Amir tak menghampakan saya. Assalamualaikum” talian dimatikan.
*******************************************************
“ Haha...kau dah boleh dikira alim ni Faris? Siap solat pulak tu” Am menyindir. “sepatutnya dah lama aku kena solat, tapi aku bodoh.tapi aku bersyukur sebab aku masih diberi peluang untuk solat sebelum aku mati. By the way, jom lah join aku solat sekali. Dah masuk waktu asar ni” pelawa Faris kepada Am. “nantilah, belum masanya lagi aku jadi baik macam kau” masih dalam nada menyindir. Faris senyum. Ampun Tuhan, aku masih belum punya kekuatan untuk menegur rakan aku ini. Faris bermonolog.
Ingatan Faris melayang.Am rakan sekelasnya dahulu. Tahun kedua mereka sebilik, tapi semester akhir mereka berpisah, tidak sekelas lagi kerana menurut Am perubahannya itu aneh dan kolot. Dia akui, dia sayang Am kerana Am lah rakannya yang paling rapat sejak dia tahun pertama lagi di kolej. Selepas graduasi, dia sudah tidak tahu dimana kawannya itu. Dalam doanya, dimohon baik-baik sahaja untuk temannya itu. Moga dia dapat bertemu semula. Tuhan, jaga teman aku itu ya, semoga di baik dalam redhaMu.
Di rumah. Dia membersihkan diri. Selepas temujanji tadi dia terus pulang ke rumah. Awal sedikit dari selalu. Dia ingat malam ni mahu ke masjid kerana ada kuliah maghrib, Ustaz yang dia suka. Dia ada mengajak Aiman dan Aiman bersetuju.
Selesai isya’ di masjid, Faris mengajak Aiman pekena kopi di Warung Pak Latip. Sambil bicara isu ummah. “ Aiman, tadi aku jumpa Am. Dia kerja dekat company bapa saudaranya. Bahagian Finance” bicara bermula. “oh ya, dia macam mana, sihat? Masih handsome dan banyak awek macam dulu?” Aiman berseloroh. “hahaha..itu aku tak tahu dan aku tak pula tanya dia. Tapi still hensem dan bergaya. Dia kan orang loaded” menjawab pertanyaan Aiman. “habis tu kenapa kau jumpa dia?” Aiman menyambung. “Kerja!”
********************************************************************
Aiman tahu, di hati Faris masih belum lupa sejarah lama itu. Dia tak menghalang dan dia juga tahu hubungan akrab antara Faris dan Am. Dia juga tahu reaksi Faris saat menceritakan pertemuannya dengan Am petang tadi.Dan dia juga tahu kenapa jawapan Faris agak dingin bila dia bertanya tentang Am. Apapun, dia tetap menndoakan yang terbaik buat saudara seislamnya itu. Tuhan sahaja yang berhak itu mengubah hati manusia.
**********************************************************************
Sudah banyak kali dia dan Am bertemu atas urusan kerja.dan setiap kali itu juga, setiap perbuatannya disindir dan diketawakan Am. Solat. Ikut kuliah agama. Usrah. Kata Am, tak dak apa yang dia boleh dapt dari semua tu. Tak seronok! Tapi dalam hati Faris dah ada tekad. Aku perlu buat sesuatu supaya hubungannya dan Am boleh baik seperti dahulu. Biar hatinya sakit diperli, dia takkan mudah akur kalah dengan perlian dan sindiran Am. Dia juga yakin, Am akan berubah jika dibimbing, dia yakin Tuhan bersamanya.
“ kita boleh bincang sampai 4.30 sahaja kan?Maklumlah, kau kan orang alim. Kena solat”. Berbisa. “semua orang islam kena solat Am. Itu wajib. Tak pe lah, aku solat sekejap saja. 10min siap” Faris membalas tenang. Masuk waktu asar dia mengajak Am untuk solat bersama. Alasannya sama, “aku tak sedia nak jadi baik lagi la Faris”. Tak mengapa, Faris takkan jemu mengajak untuk kebaikan.
Usai solat Faris sambung berborak dengan Am. “ Kau tak tension ke kena solat. Tak boleh lepak macam dulu. Dengar kuliah agama la...hah?” Am cuba mengorek. “ tak, sebab aku sedar tu tanggungjawab aku. Apalah sangat apa yang aku buat ni dibandngkan dengan nikmat Tuhan untuk aku” senyum. Dia memang murah senyuman. “jomlah, aku belanja kau makan hari ni”. Faris mempelawa. Dalam bualannya, dia menyelit sedikit tentang manisnya Islam. Demikian Am, masih dengan perlian berbisanya.
***********************************************************
Sudah dua bulan dia tidak berjumpa dengan Am kerana urusan kerjanya sudah tamat. Tapi hari ini Am ajak dia lunch bersama. Hari ini hari minggu. Jalan sesak dan mereka menbuat keputusan menaiki LRT shaja. Dalam LRT mereka mengibau saat2 indah di kolej dahulu. Diselang seli dengan ketawa. Indah memag indah. Mereka menuju ke kampung Baru. Nasi lemak disitu sedap. Banyak yang dibincangkan. Tentang perkembangan diri sendiri. Selesai makan mereka bersiar-siar sekitar kampung Baru. Dari satu kedai ke satu kedai. Masuk dan keluar dengan tangan kosong. Window shopping!
“ Am aku pergi solat kejap. Nanti dah selesai solat aku call kau. Malam ni kau tidur rumah aku saja ya” dia mencuba. Rindu dengan teman lamanya itu belum mampu terubat. Am merenung Faris lama. “kenapa kau tengok aku macam tu?” bertanya hairan. “Pelik. Kau tak ajak aku solat pulak kali ni”. “haha..Maaf..kau nak ikut ke? Jomlah. Selalunya ni kau tak mahu”. “Kalu ikut tak mahu sampai bila.?Itukan tanggungjawab aku sebagai hambaNYa. Jomlah” Am berlalu. Di belakang, Faris masih dalam keadaan terpana. Terkejut dan bersyukur. Tuhan, Terima Kasih.
Mereka berjemaah Asar. Usai solat mereka bersalaman dan lama berpelukan. Erat. Seeart jalinan persahabatan yang lama terjalin dahulu. “apa yang membuatkan kau berubah Encik Amir?” Faris bertanya. “Sejak bila pulak kau skema dengan aku nih. Hahaha. Ntah, aku rasa bila dengan kau aku rasa tenang berbanding dengan kawan-kawan lepak aku. Memang happy, enjoy. Tapi hidup macam tak tenang. Masalah apa, aku pun tak dapat kenal pasti. Dan aku yakin dengan perubahan kau sebab setiap kali jumpa, aku asyik perli kau saja dan kau tak pernah berubah menjadi macam dulu. Kau tetap dengan perubahan sekarang. Aku jadi yakin yang perubahan kau betul. Lama aku fikir dan aku rasa wajib untuk aku berubah.Inilah aku sekarang. Harap kau sudi bantu aku” panjang cerita Am. “insyaAllah. Sama-samalah kita. Aku akan tolong apa yang aku mampu. Kau pun kena tolong aku” senyum. “sudahlah. Jom ke rumah aku. Kau mahukan?”. Am mengangguk.
Sejadah dilipat dan diletakkan di rak. “Faris”. Dia berpaling ke belakang apabila Am memanggil namanya. “bila kau nak ajak aku join usrah kau?”. Faris terpana. Syukur ya Rabb.
“ Anytime. Bila kau free kau cakap saja dengan aku”
“okeh. Kalau boleh as soon as possible”
Mereka senyum. Syukur lagi
TAMAT.
Seandainya berubah itu untuk Tuhan, insyaAllah ada pertolongannya untuk terus istiqamah.Yakinlah dengan janjiNYA!

bersabarlah~

Aku yakin dan aku percaya bahawa after the difficulties, there is a relief. Dan aku juga tahu tentang all about the test from Allah adalah sebab Dia xmau kita leka dan lupa kepadaNYA. And the most important thing adalah semua orang xboleh kata dia beriman sehingga dia diuji oleh Allah.
aku tahu all those things, tapi to find a strength and patient tu agak susah and somehow rasa macam nak falling down.
Ntah la...
Hm, aku ada baca novel Versus, yg Hlovate tulis tu..she wrote it’ll cost hell to pay for a manner of speaking kalau nak ubah something yang dah jadi darah daging kita. Sakit memang sakit. Tanpa luka untuk turn apart inside. Changing life. Tapi it’s more hurt kalau people around us don’t understand towards our changes. Ada yang kutuk. Ada yang perli.Tak kisah la those people yg kutuk tu adalah kawan lama kita yang sama2 went tru everything sebelum berubah ataupun yang tegur sebab dia rasa perubahan kita belum cukup bagus. It’s not the thing kalau orang tu tegur sebab dia nak kita jadi lebih bagus tapi it’s about the thing yang namanya perli dan menyakitkan hati. And it’s more and more hurt bila orang yang tegur kita tu nampak mcm bagus untuk kita jadikan sebagai contoh. Ye la, sbb nak berubah mesti tgok orang yang lebih baik kan?
And these things happened to me....and thats why i write it down kat dalam blog ni...so, if there’s anyone yang terlalu kat sini, she or he, dia akan take some of my advise untuk dia lebih yakin with her/his changes (for good) ...
Jangan pedulikan kata2 orang tu semua, they’re not us...and we change for the Almighty Allah sake...you just chuck all the thing and throw into the sea...dan kalau boleh tu buang jauh sket la, kat Casablanca ke, dekat Iran ke (pastu suruh Ahmadinejad bom dgn nuclear) so that the thing dah tak comes into our mind again and again...
Lagi satu, kalau you all jumpa orang tu balik, and you rasa macam nak belasah dan sembur dia habis2an, u just calm down and keep on selawat, zikir..bukan orang tu yang bagi kita pahala bila kita buat baik..tapi Allah.. and do remember yang Allah tu bila2 je ade dgn kita...everywhere and anywhere...dgn kesabaranlah kita akan rasa tenang and patient will bring us to a victory..
Aku cuma mampu tulis the thing yang aku rasa...boleh je kalau xnak bace atau layan apa yang aku tulis ni...smile and cool...and come again...selepas kesusahan mesti diiringi kesabaran!

Cheerio..