Thursday, July 29, 2010

janji Tuhan itu satu kepastian...yakinlah!

salam...
sudah lama aku tidak menulis..aku tahu tak semua berminat untuk membaca tulisan aku ini...entah lah!
apapun niat menulis blog seseorang dan cara menulis adalah berbeza...jika kalian mahu membaca, bacalah, kalau tidak pun tak mengapa...saya faham, ini negara demokrasi..=)

Semenjak dua menjak ini aku kurang sihat, mungkin kifarah dosa, moga Allah ampunkan dosa-dosaku yang menggung tinggi. Aku sudah ke klinik, kena buat blood checking, tak tahu pulak aku kalau demam yang lama@panjang kena buat blood check. Urm...

Dengan kesihatan yang kurang ini, emosi kurang stabil ditambah kepala berputar2 pening dan memikirkan segala tenggungjawab yang tergalas di bahu,sering didoakan, Ya Allah, seandainya aku tak mampu buat semua kerjaku ini, sekurang2nya aku tak tinggalkan semua. Ini amanah, apa akan aku jawab dihadapan mu kelak.

Semalam aku menghadiri Mass Gathering, bila tayangan slide presentation yang dipersembahkan, aku lihat ramai tokoh2@mantan2 pimpinan dan juga orang bawahan club yang dahulu begitu serius bekerja dan mereka sibuk kesana kemar melaksanakan agenda amar ma'ruf nahi munkar yang dianjurkan oleh Allah dalam ayat2 cintanya kepada hamba.(3:104). Dalam kerja-kerja yang tak tahu dan tiada istilah tamat sehingga bertemunya ajal mereka masih mampu senyum dan gembira. Tanpa keluhan, aku pasti!

Akhir-akhir ini aku terlalu banyak perkara yang perlu disettlekan, aku rasa letih. Aku sering mengeluh, aku tension, aku selalu cakap, kalau begini banyak yang perlu dibuat, di mana masa aku nak menelaah pelajaran? Hm... Aku rasa 24 jam yang Tuhan bagi cukup untuk semua kerja-kerja seharian yang perlu kita buat. Dia Maha Tahu SEGALANYA.

Aku teringat bila aku berbual dengan ayah di rumah, di saat bersantai. Ayah aku minat sejarah. Banyak buku tokoh-tokoh perjuangan negara yang menentang segala kezaliman sudah dikhatam olehnya. Ayah banyak cerita pasal tokoh-tokoh tersebut kepada aku seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Hamka, Zulkifli Mohamad, Ustaz Fadhil Noor, dan beberapa tokoh lain dari negara2 lain seperti Nelson Mandela, Chut Nyak Din, Pak Hatta dan banyak lagi, aku sudah lupa, aku memang pelupa, astaghfirullah, mungkin terlalu banyak minum air yang dimasuki semut atau aku terlalu lagho!

Aku yakin dari penceritaan ayah, apa yang aku hadapi belum cukup besar. (Tak perlu dibanding dengan cabaran yang di hadapi Rasulullah dan para sahabat, kerana aku pasti akan terus malu, dan malu). Dan yang pasti mereka mati dalam perjuangan, mereka pasti tenang dalam dakapan syurga Tuhan di sana. Tuhan, aku mahu seperti mereka!

Ya Allah, aku nakkan kesenangan, di dunia dan di akhirat. Aku nak senang disini dan disana, aku nak bahagia di sini dan disana juga, aku nak berjaya disini dan disana juga, pokoknya aku mahu seronok di dua-dua tempai ini, dunia dan akhirat. Tamakkah aku ya Tuhan?

Ya Allah, berilah aku kekutan, supaya aku dapat berjalan dengan segala kekuatan yang ada untuk melaksanakan perintahMu, sunnah RasulMu, amar ma'ruf nahi munkar. Aku mahu dekat dengan Mu supaya aku sentiasa kuat untuk perjalanan dakwah yang penuh gelora dan badai serta duri-duri yang tajan.

Ya Rabbi, bantulah aku. Aku lemah. Aku cuba untuk kuat, tapi ternyata bisikan syaitan dan iblis itu buat aku kadang2 terhenti dari segala tanggungjawabku itu.

Ya Rahim, sembuhkan aku dari kesakitan aku, supaya aku tidak lemah dan dapat menggabungkan diri membuat kebaikan.

Ya Rahman, berikan aku kesedaran dari segala kelalaian dan godaan supaya aku tidak termasuk dari golongan yang rugi.

Ya Allah, Kau berkuasa atas segala sesuatu, Kau berikan aku kekuatan untuk terus berusaha, aku yakin dan aku akan cuba untuk terus yakin bahawa janji Kau akan pasti tertunai. Semoga aku berjaya. Semoga aku berjaya menjadi manusia yang mampu menentang kezaliman dan kemungkaran di atas muka bumi Mu ini.

Ya Tuhan, berikan aku kesabaran yang tebal dindingnya supa aku dapat hadangi dengan segala keseronokan dunia yang akan berpenghujung dengan kematian aku. Aku mahu bahagia yang kekal abadi untuk diraikan bersama keluarga, sahabat-sahabat, dan juga Rasulmu dan para sahabatnya.

Album :
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun

Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

(note: bila aku tulis part ni, media player aku tengah mainkan lagu ni, jadi aku cuba letakkan liriknya di sini, ambillah manfaat)

Ya, TUHANKU YANG MAHA ESA, PERKENANKAN DOA-DOAKU....aminn...

Yakin dengan janji TuhanMu, Dia tidak berdusta, manusia yang sering BERDUSTA. Barangsiapa yang tidak yakin dengan janji Tuhannya, maka dia kafir. Berjuanglah, selagi mana kalian berada dijalan yang Tuhan sediakan dia pasti akan terus menolong dan berada di sisi kalian. Yakinlah, percayalah. Siapa lagi yang akan kamu percayai kalau bukan Pencipta kalian sendiri??

Dibawah aku selitkan dua lirik lagu yang aku rasa mampu memberi motivasi dan kekuatan dalam melalui mehnah dan tribulasi dalam perjuangan:

Stand Together

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team

Here we are living in this world
A journey to the end
We are servants
We bow to Allah
From Him a helping hand
We are different races
From countries far and wide
Together we can face it
Uphold what?s pure and right
We can stand and work hand in hand
We?re stronger when we unite
Share the words and spread the truth
With Iman Allah?s light
In our hearts can?t fake it
When Allah?s love embraced
Together we can make it
The world a better place
Everything in life
We can take everything in stride
?Cause we live in this worldly life
Can only try
Every dream we have
We want to have the very best
But we can only face the test
For we can try

And in team we stand
And in team we can
We can make it through the day
We can help each other one another
And in team we should stay
Let us take the guidance from Allah
And Rasulullah
We can face the world
We can make it through the night

Taman Firdausi

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team

Indahnya taman Firdausi
Tak terbayang di mata
Tak terjangkau di hati
Kurniaan yang abadi
Itulah taman syurga tertinggi
Bagi mukmin yang sejati

Di sana tiada derita
Bahkan usia kan kekal remaja
Wajah ceria berseri
Tanda nikmat tak terperi
Indahnya syurga itu janjiNya
Bagi insan yang bertaqwa

Bidadari dan para pemuda syurga
Bagaikan kilau mutiara
Sungai yang mengalir beraneka rasa
Limpah rahmat Yang Esa

Tiada duka tiada resah
Dan tiada jemu yang melanda
Di sanalah keindahan
Kebahgiaan jiwa yang hakiki
Selamanya
(Kurniakan syurgaMu Ya Allah... Ya Rahman...Ya Rahim)

Haruman Raihan yang memikat sukma
Dan linangan Salsabila
Mahligai permata megah mempesona
Tak tergambar hebatnya

Pasti indahnya syurga akan kalian rasai seandainya kalian mati di jalan yang Dia redhai.
wallahu 'alam...sekian =)

"perjuangan belum selesai,kuatkan diri"

Wednesday, July 14, 2010

dont judge a book by its cover

salahkah aku:
1)minat hip hop dance
2)layan action movie...especially cerita jackie chan
3)masuk kelas drum...hahahaha
4)minat dekat kartun hensem dalam komik PTS
5)jalan2, round2 dgn kawan bersuka ria
6)tengok bola walaupun aku tak la tau semua rules untuk game tu
7)jadi kasar sedikit supaya orang tak buli
8)cuba menjadi someone yang berdiri diatas kaki sendiri

dan banyak lagi yang aku tak terfikir untuk tulis keadaan2 yang membuatkan orang tak suka aku...
adakah criteria diatas tidak sesuai bagi orang seperti aku?
atau adakah aku dianggap jahat kerana berbuat perkara2 diatas?
atau aku cukup baik dan x boleh buat perkara2 tersebut?

apapun aku adalah aku..aku cuba buat yang termampu,susah la kalau nak ikut semua aturan yang kita tak mampu buat tapi orang suruh jugak kita buat...i'm trying to be a good one, whose follow the law of Allah and Rasulullah...Quran and Sunnah...tapi sebagai manusia xmampu untuk capai 100% perfect...so, those who can accept me its me...kalau xboleh apa boleh buat.jangan halang aku untuk jadi aku...

"manusia yang baik adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain"