Thursday, July 30, 2009

JANGAN TIRU MACAM AKU....

controll ayu...ahaks

Puji dan syukur dipanjatkan buat Allah , Tuhan semesta alam atas segala nikmat iman,islam dan kesihatan…jika mahu disebut…ya,tidak cukup untuk kunyatakan nikmatNYA di blog ini…
Di saat fikiran melayang jauh nun ke utara Malaysia,merindui mak, ayah dan adik2….hati terdetik untuk menulis sedikit bagi pesanan buat diri sendiri..sudah lama tidak menulis kerana kesibukan, bila ide menerjah aku tak berkesempatan membuat sedikit nota…terus,idea itu hilang…meminjam sekejap laptop kawan aku terus menulis setelah selesai bersarapan dengan ubat kerana demam…hehe

Minggu lalu dikampus aku diadakan fiesta yang pelbagai acara diadakan bersempena kejadian tersebut…dan aku juga tidak terkecuali untuk terlibat menjadi sebahagian dari petugas@kakitangan fiesta tersebut…melayang2 ingatan disaat pertama kali menghadiri meeting untuk acara tersebut …disaat aku membuka pintu bilik meeting semua memandang kearahku…bertudung menutupi paras dada…yang boleh dikatakan tudung labuh la…berbaju kurung…cukup membuat semua perhatian menjadi ganjil buat aku…aku melihat semua committee yang lain…aku jadi asing..mereka lebih selesa dgn jeans,ada yg berbaju agak fit,bertudung selempang ke bahu tidak menutupi dada…hah!aku jadi asing dan asing…

Menginjak ke meeting2 seterusnya aku jadi segan lagi utk menghadiri meeting tersebut…terus,aku ponteng sahaja…tapi tak la semua meeting aku ponteng..Cuma sekadar 2@3 kali je..tapi mungkin banyak bagi aku atau orang lain (committed dengan kerja mereka dalam sesuatu perkara)…

Tiba di akhir meeting,aku menyertainya…hah…mulanya aku rasa bagai mahu menarik diri..apa taknya,aku saja yang berbaju kurung dan menjaga batasku dengan lelaki..yang lainnya tidak hairan bersentuhan tangan lelaki (bukan nak memuji diri,tapi itu adalah perkara kecil yang Allah suruh dan mampu aku lakukan) ..aduh..dan perasaan bersalah menyelubungi kerana aku hanya mampu mempertahan iman serendah iman kerana tak menegur sebaliknya membenci dgn hati yang mampu dilakukan oleh sesiapa shja even budak2 sekolah rendah…huhu…sedih dan sedih…

Tidak mengapa aku teruskan mengikut saranan kawan2 yang katanya tidak molek menarik diri disaat event sudah mahu bermula… “kalau nak tarik diri,tarik awal2…ni dah nak mula event,kesian kat dia orang”…betul juga detik hati aku…bukan aku xmahu tarik diri awal2,tapi sebab aku takut nanti kecewakan yang lain (walaupun aku bukan orang yang penting),jadi aku teruskan dgn hati yang tak ikhlas..

Sambung semula diakhir meeting…nak tahu apa yang terjadi..taraaaa ….semua mereka yang dulu hanya diam dan memerhatikan aku menegur dan melayan aku dgn baik sekali…argh…jadi malu aku…imej seorang pendakwah yang memalukan…sehingga hari ini aku belum dapat memaafkan diri aku tntg perkara tersebut…mereka melayani aku sgt baik semasa dan sesudah event diadakan..saat bertemu di jalanan mereka mengangkat tangan tanda menegur..malu dan sgt malu..

Apa yang sepatutnya aku lakukan sebagai pendakwah?
Ya,sebelum menarik mad’u seharusnya aku perlu menunjukkan akhlak yang baik dahulu kepada mereka..sekurang2nya menegur mereka…ini tidak menonong masuk dan duduk di kerusi tanpa sepatah kata…ah!betapa silap besarnya aku…apa tarbiyah aku belum cukup???…bagi mereka yang berada di tempatku..dekatilah mereka itu,sebenarnya mereka mungkin tercari2 oreng yang mereka percayai untuk bertanya tntg keunikan Islam terutama tntg aurat dan cara pergaulan..jadi siapakah yang harus dipersalahkan? Ya,MMG AKU…dalam hal aku mmg aku yang salah…tapi apakah kita mahu mengulangi kesalahan yang sama berulang kali,na’uzubillahi min zalik…masa inilah kita perlu mengambil kesempatan yang ada utk melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita…di sana kelak kita akn diprtanggungjawabkan…

Aku ada terbaca artikel di internet…iaitu cara yang terbaik untuk menarik mad’u adalah dgn cara memahami jiwa mad’u dan berbuat baik dgnnya..bkn hanya di internet …malahan ulama’2 jg berpendirian sedemikian..

Menurut penjelasan Yusuf Al-Qardawi pendawah mestilah salah satunya mengetahui perkara yang berhubung dgn manusia…ia mestilah termasuk cara berkomunikasi dang sebagainya…argh…aku memang lemah bab ini..

Betapa berdosanya aku…iman yang lemah..semoga diampunkan dosaku ya Tuhan..takutnya aku seandainya attitude aku tadi sudah banyak membuatkan orang lain takut untuk menghampiri aku dan bertanya tntg agama…Astaghfirullah al-a’zimla ilaha illa anta,subhanaka inni kuntu minazzolimin…

Akhlak memikat orang mendekati Islam..sekadar pendapat…aku bukan orang yg layak…perlu lebih banyak mencari sumber ilmu….
Wallau’alam…


Saturday, June 20, 2009

saja2....

salam...
pembukaan yang menggembirakan insya Allah...
kerana apa?
besok dah nak balik kampung....=)

tapi
esok exam..
smoga persediaan aku mencukupi...
INSYA ALLAH

Wednesday, June 17, 2009

rushing trough this....

this time is almost a busy time for me to meet those things:

18/6/09-Thursday:ICT presentation
22/6/09-Monday :ICT final examination





setiap kesusahan ada kemudahan
hope everything will going smoothly Insya Allah.....

Monday, June 8, 2009

influenza exam...



wabak selsema babi telah berlarutan dan menjadi glamor lbh dari cerita gosip2 artis yang menerima anugerah bintang popular berita harian...
di saat wabak ini di popularkan di media2,aku sedang dihambat dek influenza exam yang akn menjelma pada 22hb jun ini...
wabak yang mungkin tak membawa kepada kematian tapi cukup untuk menggusarkan hati seorang pelajar spt aku..tambahan sbg seorang anak yang xmahu mengecewakan parents di rumah....
apa yang mmpu dilakukan adalah tidor,makan,minum,mandi adalah bersama buku teks...hehe

pepatah arab berbunyi...
man jadda wa jada,man zaraa' hasoda


aku tak mahu jadi manusia yang terus gagal...
dan aku mahu mengaplikasikan satu quote yang mengatakan
failure is the road to success


moga kejayan milik aku...

p/s:jgn taw tulis je,tapi xbuat......

Tuesday, June 2, 2009

perlu keyakinan diri...

Allah telah berfirman dalam Surah Al-A'laq:

"sesungguhnya telah kami jadikan manusia itu sebaik2 ciptaan"

tak perlu lagi untuk ditekankan bahawa wajib stp muslim untuk percaya dengan sgla janji2 Allah kerana ianya sudah menjadi tanggungjawab kita.Sudah automatik di'install' dalam diri kita software tersebut apabila kita beriman kepada Allah...

Mengapa aku terfikir utk menulis tntg tajuk ini????
kerana pada saat ini aku merasa terlalu letih dan lemah dengan ujian dan cabaran yang banyak macam...
>melihat orang pandai aku merasa aku bodoh dan tak tahu apa2..
>melihat orang berjaya aku merasa aku sering saja gagal..
>melihat orang kaya aku merasa aku spt tak punya apa2...
>melihat orang study aku merasakan seolah2 aku tak punya masa utk itu...

TERUS APA YANG TINGGAL UTK AKU?
TAK PUNYA APA2?

Firman Allah:
"ssungguhnya orang Mukmin itu ialah yang beriman kpd Allah dan Rasul-Nya,kemudian dia tak RAGU2 dan berjuang dgn hartanya dan dirinya,mereka itulah orang2 yang benar"


fi ayatil ukhra..
"apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dgn mengatakan, "kami sudah beriman ," sedangkan mereka tak diuji?

smoga aku termasuk dalam golongan yang diuji.Dan ujian tersebut sbgai KPI kerana keimananku...insya ALLAH..AMIN

Dalam surah al-Baqarah ayat 148:
"stp ummat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya.Maka berlumba2lah berbuat kebaikan"

aku bukan pentafsir Quran yang bagus...aku perlu kepada pembelajaran dan pendengaran bagi memahami ayat ini...
bukan bermaksud yang qiblat kita(org muslim) punya banyak,tapi dari pendengaran aku dari seorang ustaz di radio IKIM.fm pilihan utama,beliau menafsir ayat ini " kiblatnya sama tapi cara menghadapnya berbeza,ada yang sengat,tegak,melintang,menegak,tetapi semuanya menghadap ke Baitullah"

Pengajaran pertama: setiap kitapunya matlamat.Namun jalan kerja dan kemampuan kita semua berbeza.Kemampuan kita juga berbeda.Mungkin orang perlu usaha sekali,tetapi aku perlu usaha dua kali.Itu yang kita perlu,maka kita perlu usaha 2kali.

Pengajaran kedua: setiap kita perlu punya pendirian masing2 dan kita perlu hidup spt yang diciptakan mengikut warna, corak dan acuan penghidupan kita sendiri.
Siapa aku yang suka-suki untuk mengubah segala yang diberi.Analogi yang jelas apabila ibu bapa yang berkebolehan menjadi guru di paksa parents untuk jadi doktor,maka musnahlah budak itu.Namun, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang memberi kita pilihan sama ada utk melakukannya atau tidak.Berbuat kebaikan dan tinggalkan keburukan,ataupun sebaliknya.

Pengajaran ketiga:Apabila kita sudah tahu akn kelemahan dan kebolehan kita,maka kita mesti gilap kelebihan menjadi lebih bermanfaat dan gunakan kelemahan in positive views.Malanglah bagi kita yang berhenti erbuat baik kerana kejahatan.

Pengajaran keempat:Setiap kita punya perbezaan,Tapi janji Allah bahawa kita adalah sebaik2 ciptaan.Tak harus ada lemah dan inferior dlm diri aku.

USAHA DAN TERUS USAHA MAKA AKAN ADA HASILNYA KELAK.