Tuesday, March 30, 2010

i'm not me, but i'm still myself...


-->
Dah lama aku tak letak entri baru kat blog ni...mungkin kekangan masa dan i’ve nothing utk di tulis kat sini...banyak benda yang nak diluahkan..tapi agak susah la...tkot jgk ada kawan yg masuk..abes segala rahsia dpt dibongkar klu semua benda aku bantai tulis kat sini...haha...
Btw,entri aku kali ni berbunyi...teng3...
Sejak kebelakangan ni aku sering skali teringt zaman aku kecik2 dulu...zaman primary school dulu...teringat kat kwn2...rindu yang amat pada zaman tu..tapi there’s no chance utk go back at that time..even doraemon pun takkan dapat tolong aku...aku dulu skolah kampong, means luar bandar la...bkn skolah yg high level,yang namanya tersohor sekitar Kubang Pasu.. tapi kalau setakat Kodiang maybe la..dah mmg ada 2 skolah ja kat situ..hehe..tapi my school tu not too bad la...coz under skolah yg ditarget stp kali UPSR punye result kuar..nama pun skolah kebangsaan ditambah pulak luar bandar kalau nak cerita pasal pergaulan antara lelak dan perempuan xpayah cakap la...ikhtilat yang amat...JIDDAN2 la kalau nak dikata...hehe..even aku pun..kalau kawan2 aku yg skrg tau mungkin they don’t even believe yang aku macam tu...mungkin aku baik kowt sekarang...haha..*perasan sekali-sekala*..tapi serius, aku respect kawan2 aku dulu2...tak penah berkira...hei!lupa nak cerita...we were very, very, and very close...tapi kalau gaduh tu tak payah kata la...no sweetness la friendship without fighting..haha...tapi kami tak pernah berkira....ye ke?mungkin...hehe...sgt rapat sampai bertepuk-tampar, know about each other quite well, their homes, parents, favourites, main bola sekali,...kalau stakat nak cerita how can we measure the closeness tntg kami mmg susah la...cannot be described..huhu...tapi jgn la ckp pasal ikhtilat...instead waktu tu mn tau pasal aurat and adab pergaulan between the opposite sexes...tapi kagumnya friendship dulu2 bila hari ni bergaduh, tomorrow we can laugh together and dah lupa what had happened yesterday...
Tapi sekarang semua tu dah jadi kenangan, dah tak boleh nak rewind...stakat in memory boleh la...kalau nak tanya aku, of coz mmg aku really miss that time,BIG TIME...sgt2...can’t describe my feeling now...haha...semua dah besar...dah almost 9years times gone..mereka semua dah tua...AKU BELUM...haha...they’re everywhere in this world..dalam dan luar Negara...nak jumpa sekali-sekala pun susah...last met masa lepas SPM dalam keadaan yang tak bersedia and all of us kelu nak berkata2 setelah ghaib beberepa tahun..
And aku sendiri dah berubah...change for better...mungkin x sepenuhnya jadi baik...and even i feel than i’m not the good one tapi berubah bagi aku maksudnya tak macam dulu...and now aku dah ada my own prinsip yang there’s no one can go against my prinsip...INSYA ALLAH, MAY GOD HELP ME TO BE STEADFAST FOR THIS GOOD PRINCIPAL...yet, aku ttp orang yg still menganggap the first friendship is the true friendship and it can’t be deleted from my mind and of coz in my memory also..salahkah aku berubah, since we know that from HIM we come and for HIM we rendered back....and even ALLAH says that HE will never delay our time, neither satu saat lebih nor satu saat kurang...kalau dah namanya mati, kita akan mati...SHARP,ON TIME!!!! Xboleh lari kemanapun...tapi there’s no evidence tntg manusia akan dikembalikan kepada Tuhannya dalam keadaan bersedia untuk mati..it’s good la kalu kita dimatikan dalam keadaan kita bersedia...tapi kalau tak?? Na’uzubillahi min zalik...semoga kita dipilih Allah menjadi hamba yang baik...dan disana tenang dalam taman syurgaNYA...insyaALLAH, AMIN...
tapi aku rasa sekarang ni tak sume orang can sincerely accept me, tapi ape aku kesah sbb aku adalah aku dan aku berubah naturally and aku tak mampu nak berubah entirely...kalau orang tahu aku adalah seorang budak yang agak nakal dulu2 hm...ntah la susah nak expect orang terima kita and susah jgk kalu orang asyik comment and expect more dari kta..kalau ikot aku sendiri pun xberpuas hati dgn diri aku ni...dulu aku bukan setakat berani lawan bola dengan budak lelaki malahan aku pernah kena sound dengan cikgu jgn race basikal...haha..ni baru kes kecik..tapi mungkin la sebab aku banyak terpengaruh dengan action movie...hm,xboleh nak bukak banyak cerita dulu2...MALU!!!!!!!!...hehe
Kenapa aku terfikr untuk tulis pasal ni?
Sbb kawan2 aku dulu yang aku rasa they were better than me suatu masa dulu dah berubah...even after finished sekolah rendah and then went to religious school pun still tak memanfaatkan kelebihan tu dan sengaja buat2 tak faham dengan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim..KERANA ALLAH, aku sayang mereka dan kalau aku berani (aku berharap akan dapat keberanian tu) aku nak bagitau mereka yang aku sayang mereka kerana Allah and you should appreciate your life yang will end very soon and bila2 saja ni...yang all people xtau bila akn end...tapi the fact is Kiamat xsemakin jauh tapi SEMAKIN DEKAT...aku pun bukan baik sgt..tapi hopefully aku akan istiqamah utk terus jalan atas jalan kebaikan dgn bantuanNYA,DIA MAHA PENGASIH dan DIA juga MAHA PENYAYANG...and thanks GOD masih bagi aku peluang ni...hopefully in the end of my life aku mati dalam ISLAM...seluruh jiwa dan raga ku dan even darah aku mengalir untuk ISLAM...and I do keep praying to all my friend, suatu masa nati dorang akan faham their responsibilities as a Muslim...please GOD help me...
Yang very kerdil dan hina,
Curious...

Saturday, January 16, 2010

entri tertangguh......

salam...

lama aku tidak menulis di ruangan ini...
aku tidak tahu nak tulis apa?
tapi saat ini aku merasakan aku perlu menulis...
orang tak banyak pun masuk baca blog aku ni...
tapi aku harus terus tetap menulis supaya yang masuk keluar dengan ilmu baru...
ini sahaja sumbangan yang aku mampu..
semoga disisi Allah...
aku ada nilainya...='(

saat ini sisa2 usia yang membuatkan aku rasa aku perlu kuat kerana aku perlukan Islam..
dan siapalah aku seandainya Allah tak pilih aku untuk terus dijalan ini?..na'uzubillah...
seandainya saat ini Allah menjemput aku dan aku ditanya apa yang aku dah lakukan sepanjang hidup aku...
aku harap aku dapat menjawab dgn baik dan tenang....
kalau aku ditanya ayah dan mak aku sudah rasa bersalah dgn segala kegagalan yang aku buat...
apa lagi disana...semoga tiada istilah gagal disana bagiku...

doa aku saat ini semoga aku terus istiqamah dijalannya...

ya,memang penuh berliku dan penuh ranjau...

tapi kemanisan berukhwah fillah dan kemenangan dalam perjuanngan itu bagiku sgt manis...

yang pasti disana kemanisan syurga sedang menanti aku...insyaAllah...

aku sedang berusaha oh Tuhan untuk menggapai cinta MU...




semoga diberi aku kekuatan terus mampu memberi peringantan disini...

Sunday, November 15, 2009

wishing all of you GOOD LUCK...

di musim2 exam ni aku ingin mengambil keswempatan mengucapkan :

1)BITAUFIQ WA NAJAH
2)GOOD LUCK
3)DEKATKAN DIRI DGN ALLAH ~sampai bila2...
4)DO YOUR BEST!!
5)GANBATTE


SEMOGA KITA DIPILIH ALLAH SBGAI ORANG YANG BERJAYA DI DUNIA DAN JUGA DIAKHIRAT YG KEKAL ABADI...AMIN...

Friday, October 2, 2009

banyak cakap...

salam pembuka bicara after raya...
aku suka berborak, terutama dengan kawan-kawan yang aku kenal rapat..
tapi kelemahan aku adalah aku tak boleh nak bercakap kat depan...how to settle this problem aku pun tak tau...
ape pu aku kira beruntung, alhamdulillah sebab dari kecik ayah aku ajar cakap bende yang bermanfaat...
dari aku kanak-kanak lagi lepas solat maghrib dengar ayah baca Tafsir Al-Azhar karangan Dr. Hamka..then borak2 tentang tajuk tersebut...
sampai sekarang pun bangun pagi, sarapan sambil dengar ayah cakap tentang pelbagai isu...makan malam pun 'telan' isu...macam-macam isu...isu agama, politik, sejarah, culture, custom and more things...
jangan pandai2 la sampuk kalau tak tau, kalau tak kena hentam, percuma tak berbayar...mintak ampun...hehe...
jadi kalau nak jadi kamceng ngan ayah kena la up date kepala otak dengan benda baru supaya tak kena hentam...aduhai...
pernahla jugak kami adik-beradik nak ngelat dari denagr and borak2 pasal all things, sebab malas dan berbagai alasan lagi tapi tidak pernah berjaya seingat aku...
mingkin dari kisah ni yang membawa aku menjadi orang yang pantang diam jika mendapat isu baru...tapi aku bukan la 'mami jarum'...juz kongsi ngan kawan2 isu2 semasa jer... and i'm alert supaya tak mengumpat sesape...
tapi orang kata banyak cakap ni tak bagus and tak baik...
hm...camna nak buang attitude tu yer...sadis2...
btw, pastikan apa yang kita cakap ada input jgn buat orang kata kita omong kosong...
dan jgn cakap terlalu banyak sebab boleh menambah dosa...
maaf buat semua teman2 yang terpaksa meminjamkan telinga kamu semua mendengar celoteh aku...smoga ia bermanfaat dari sia2...insya Allah...

Sunday, September 20, 2009

sekadar peringatan diri yang sering lalai dan lupa...

PERUTUSAN HARI RAYA MURSYIDUL AM PAS

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sun | Sep 20, 09 | 4:42:45 am MYT
Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185) Iklan



Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._

*Dipetik dari Harakahdaily.net


dari aku:
salam aidilfitri buat semua...
semoga madrasah ramadhan mengubah kita menjadi hambaNYA yang bertakwa...
terus istiqamah dgn segala kebaikan yang telah dilakukan sepanjang ramadhan...
kullu sanah wa antum bikhoir...